Hishammuddin, selepas 450 hari pandemik baru bersuara – Shamsul Iskandar

Hishammuddin, selepas 450 hari pandemik baru bersuara - Shamsul Iskandar

Hishammuddin, selepas 450 hari pandemik baru bersuara – Shamsul Iskandar

‘Keprihatinan palsu’ Hishammuddin, selepas 450 hari pandemik baru bersuara, kata Shamsul Iskandar

Shamsul Iskandar menyindir Hishammuddin Hussein kerana baru mengeluarkan kenyataan berhubung Covid-19, dengan menyatakan Ahli Parlimen Sembrong itu hanya bersuara selepas 450 hari pandemik melanda negara.



Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata tindakan Hishammuddin itu hanya membuktikan “keprihatinan palsu”.

“Yang sebenarnya juga satu bentuk agenda tersembunyi demi nafsu politik beliau yang konon khabarnya calon Perdana Menteri dalam penantian,” kata Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu dalam kenyataan.

Pada 13 Jun lalu, Hishammuddin yang juga Menteri Luar berkata, dalam berdepan situasi tidak normal berlaku hari ini, prosedur biasa tidak lagi boleh digunakan sebaliknya agensi kerajaan perlu bergerak seiring dengan badan antarabangsa, pantas dalam menetapkan kelulusan kecemasan.

Beliau berkata, banyak rakan Malaysia di seluruh dunia turut menawarkan bantuan tetapi di sinilah birokrasi menjadi penghalang utama.



Shamsul berkata, kepentingan Hishammuddin untuk dilihat kekal relevan dalam pentas politik negara.

Katanya, “kerajinan” Hishammuddin boleh ditafsirkan bahawa kemelut politik yang sedang melanda kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah benar-benar berlaku dan istilah kerajaan gagal semakin menampakkan kesahihannya.

“Hishammuddin wajar bersuara dalam mesyuarat Kabinet di atas kapasiti beliau selaku menteri Kabinet bahawa penutupan Parlimen juga tidak boleh menjadi alat untuk mengekalkan kekuasaan secara tidak bermaruah.

“Terimalah hakikat bahawa atas prinsip kebertanggungjawaban bersama, kelemahan kerajaan mengurus pandemik ini adalah sumbangan tidak rasmi beliau secara tidak langsung,” katanya.



Beliau berkata, Hishammuddin wajar menilai kembali kapasiti beliau dalam kerajaan ketika ini.

“Menulis panjang-panjang hanya membuktikan bahawa beliau sedang menangguk di air keruh.

“Buktikanlah bahawa kerajaan ini masih mempunyai hati nurani untuk membela rakyat, bukannya mempolitikkan pandemik demi mengekalkan kekuasaan secara tidak bermaruah,” katanya. FMT

Hishammuddin, selepas 450 hari pandemik baru bersuara – Shamsul Iskandar


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Hisham menjarakkan diri dari kerajaan?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker