Hisham menjarakkan diri dari kerajaan?

Sebaran :

Hisham menjarakkan diri dari kerajaan?
Hisham menjarakkan diri dari kerajaan, kata penganalisis

PETALING JAYA: Kritikan Menteri Luar Hishammuddin Hussein terhadap kerajaan semalam mungkin menunjukkan beliau “menjarakkan diri” daripada pentadbiran pimpinan Perikatan Nasional (PN), kata seorang ahli akademik.

Penganalisis sosio politik dari Universiti Malaya Awang Azman Pawi menyifatkan kritikan Hishammuddin terhadap kerajaan itu sebagai satu perkara “luar biasa”.

Hishammuddin mengkritik birokrasi kerajaan semalam dengan menyifatkannya “halangan utama” terhadap pelaksanaan program vaksinasi di negara ini.

Beliau turut menegaskan perlunya SOP yang konsisten serta saringan besar-besaran, iaitu sesuatu yang turut digesa pakar kesihatan serta pemimpin politik.


Awang Azman memberitahu FMT bahawa Hishammuddin nampak seolah-olah cuba mengasingkan dirinya daripada kerajaan pimpinan PN.

Beliau percaya kritikan Hishammuddin itu berkaitan dengan desas-desus mengaitkannya sebagai calon perdana menteri sekiranya berlaku pertukaran kerajaan atau bakal menjadi pemimpin dalam Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) seperti dicadangkan oleh Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Mungkin juga berkaitan dengan pemilihan Umno dan pilihan raya umum akan datang. Beliau mungkin mahu memastikan sokongan akar umbi dengan dilihat bersifat kritikal terhadap PN,” katanya.

Hishammuddin yang juga bekas naib presiden parti dianggap merupakan sebahagian daripada golongan elit Umno. Datuknya, Onn Jaafar adalah pengasas parti berkenaan manakala bapanya Hussein Onn merupakan presiden keempat Umno.

Beliau antara pemimpin Umno yang dilihat berpotensi menjadi presiden parti, selain timbalan presiden Mohamad Hasan dan Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob.

Awang Azman berkata, kritikan terhadap PN dibuat susulan ketegasan ditunjukkan Hishammuddin terhadap isu pencerobohan jet pejuang China di ruang udara Malaysia baru-baru ini.

Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, beliau percaya Hishammuddin cuba meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang mendapat perhatian ahli Umno.

“Jarang sekali seorang menteri mengkritik kerajaannya sendiri. Sebagai ahli politik yang berpengalaman, mungkin itu satu petanda beliau mahukan peranan yang lebih menonjol dalam Kabinet,” katanya. FMT

Hisham menjarakkan diri dari kerajaan?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Hishammuddin kritik pengurusan Covid-19


Sebaran :

Leave a Reply