Siapa yang dimaksudkan Hishammuddin?



Siapa yang dimaksudkan Hishammuddin?
Siapa yang dimaksudkan Hishammuddin? – Shamsul Iskandar

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hairan dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tidak pernah mengulas isu-isu bukan berkait dengan portfolionnya tiba-tiba mengulas mengenai pengurusan pandemik Covid-19.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bertanya siapakah yang dimaksudkan oleh menteri luar negeri itu.

”Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin atau Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah?,” soalnya.

Semalam, Hishammuddin meminta kerajaan belajar daripada kesilapan lalu dalam usaha melawan wabak Covid-19.




Menurut beliau, karenah birokrasi menghalang Malaysia daripada menerima bantuan negara luar, ketika rakyat negara ini kian gelisah dan letih menghadapi wabak ini.

Situasi ini menimbulkan rasa bimbang negara akan hilang keseimbangan antara mengutamakan kesihatan awam dan kepentingan ekonomi.

Siapa yang dimaksudkan Hishammuddin?

Shamsul berkata, perkara yang diungkapkan oleh menteri lur negeri itu sebenarnya sudah lama diwacanakan oleh khalayak termasuk politik, pakar perubatan dan kesihatan.

Tambahnya, Hishammuddin sewajarnya membangkitkan pertindihan tugas di antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam pengurusan vaksin yang kelihatan sangat cacamarba.

Menurut beliau, setelah lebih 100 hari sejak tarikh perisytiharan darurat pada 14 Januari lalu, rakyat telah meletakkan harapan kepada kabinet bersaiz raksasa untuk mencari jalan keluar dalam menghadapi pandemik Covid-19 namun ternyata kerajaan telah gagal.




Kebanyakan menteri dan timbalan menteri dilihat tidak kompeten serta lebih banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan bersifat politik yang menghina serta menyakitkan hati rakyat.

”Sebagai seorang yang cintakan negara dan percaya kepada demokrasi, saya yakin Hishammuddin yang kononnya disebut-sebut sebagai perdana menteri dalam penantian berkongsi semangat yang sama.

”Justeru, saya berharap beliau akan turut memainkan peranan mendesak Mahiaddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) supaya menamatkan darurat dengan segera dan memulihkan demokrasi dengan membuka Parlimen. MG

Siapa yang dimaksudkan Hishammuddin?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET





Hisham menjarakkan diri dari kerajaan?



Leave a Reply

Your email address will not be published.