‘Abang Besar’ Tiba Tiba Muncul Buat Penduduk Gempar

‘Abang Besar’ Tiba Tiba Muncul Buat Penduduk Gempar

KUALA SELANGOR: Penduduk di Kampung Kuantan, di sini gempar berikutan tular rakaman video menunjukkan seekor buaya timbul di permukaan Sungai Selangor di kampung berkenaan pada Selasa.

Video berdurasi 0.24 saat itu menunjukkan reptilia tersebut timbul menyusuri sungai itu dalam beberapa saat sebelum tenggelam semula di permukaan air.



Sebuah laman Facebook yang memuat naik status itu memaklumkan, buaya itu ditemui pada petang Isnin.

“Kelibat ‘Abang Besar’ (buaya) di Kampung Kuantan petang tadi. Hati-hati kepada semua pemancing,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan sungai di kampung itu memang terkenal dengan habitat buaya.

“Penduduk Kampung Kuantan juga mengetahui tentang kewujudan buaya di situ,” katanya.

Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati di sekitar kawasan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.



“Perhilitan akan menjalankan siasatan dan membuat pemantauan di kawasan berkenaan,” katanya.

Sinar Harian pada 20 Februari tahun lalu pernah melaporkan mengenai tular gambar seekor buaya menyusuri sungai di kampung berkenaan di Facebook.

Individu yang merakam gambar itu menyifatkan reptilia yang ditemui di Sungai Selangor itu terlalu besar.-SH

‘Abang Besar’ Tiba Tiba Muncul Buat Penduduk Gempar


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tawar gaji hampir RM2,000 jaga buaya

Tidak seganas nama, kuih gelembung buaya bangkitkan selera



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker