Fahami Tujuannya…Berniqab Tetapi Perangai Buruk, Macam Mana Tu? Ini Bukan Trend!

Fahami Tujuannya…Berniqab Tetapi Perangai Buruk, Macam Mana Tu? Ini Bukan Trend!

MENUTUP aurat merupakan perintah Allah kepada hambaNya yang lelaki dan perempuan. Aurat bagi wanita ialah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan termasuk di belakang tapak tangan. Aurat bagi lelaki pula ialah dari pusat hinggalah ke lutut.

Pada masa kini wujudnya trend memakai purdah bagi kaum wanita. Ini disebabkan beberapa faktor antaranya disebabkan oleh pandemik Covid-19. Tetapi pernah atau tidak kita mengetahui hukum memakai purdah dan apakah syarat mereka yang ingin memakai purdah tetapi sekejap buka sekejap tutup atau on off?



Sebelum kita membincangkan mengenai hukum maka perlu kita hayati sepotong hadis Baginda Rasulullah: …penghuni neraka yang belum pernah aku melihatnya lagi iaitu wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (mereka memakai pakaian tetapi tidak menutup keseluruhan aurat) – [HR Muslim 5098].

Kata ulama berpakaian namun bertelanjang pada hakikatnya, kerana mereka memakai pakaian yang tidak menutupi badan dan menyembunyikan aurat dan tujuan berpakaian ialah menutupi (aurat), maka sekiranya pakaian itu tidak menutupi (auratnya) maka si pemakainya dikira bertelanjang.

Niqab

Berniqab perlu menunjukkan akhlak yang baik.

Bagi menepati syarak mengenai pakaian maka para alim ulama’menggariskan seperti berikut:



1. Mengelakkan daripada menutup sebahagian aurat dan membuka sebahagian yang lain

2. Tidak mengenakan pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulit

3. Tidak terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan.

4. Tudung hendaklah melepasi paras dada.



Bagi wanita yang ingin berpurdah atau sedang memakai purdah maka mereka disyaratkan mengetahui panduan yang diletakkan oleh para alim ulama iaitu:

1. Berniqab kerana Allah

Setiap perbuatan maka niat menjadi titik penting dalam penerimaan sesuatu ibadah. Bagi mereka yang berniqab sudah pasti mereka tidak mahu dipandang. Tetapi ada juga yang memakai niqab dengan tujuan supaya orang lagi memandangnya sehingga sampai ke tahap riyak dan ujub atas diri sendiri dengan amalan yang dilakukannya.

niqab 4

Berniqab perlu disertakan dengan pakaian yang sempurna agar tidak dipandang serong.



2. Berniqab dan perlu tunjukkan akhlak yang baik

Akhlak merupakan perhiasan diri seseorang mukmin. Maka tanpa akhlak seseorang itu tidak dinamakan mengamalkan agama dengan baik. Ini kerana Baginda Rasulullah diutuskan untuk memperbaiki akhlak.

Sabda Baginda Rasulullah: Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” – [HR Ahmad 8952].

3. Berniqab dengan menepati hukum syarak seperti di atas tadi

Menutup wajah merupakan satu kelebihan kata ulama tetapi janganlah hanya menutupi wajah sedangkan pakaian tidak sempurna. Ini akan menyebabkan orang akan memandang serong dan tidaklah menampakkan perwatakan wanita yang baik-baik.

Firman Allah di dalam Surah Al-Ahzab ayat 59: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



4. Jangan berniqab tetapi menggoda

Tujuan memakai niqab adalah untuk mengelakkan fitnah tetapi apa guna jika memakai niqab tetapi dalam keadaan menggoda. Kata ulama ini kerana apabila seseorang memakai niqab maka sudah pasti akan menjadi perhatian lagi-lagi niqab yang dipakai hanya menampakkan mata sahaja.

Ada dalam kalangan wanita yang berniqab dan dalam masa yang sama memakai bulu mata lentik bagi tujuan untuk menggoda mereka yang melihatnya. Ada yang bermain mata supaya lelaki ajnabi lebih tergoda. Perbuatan ini semua bercanggah dengan tujuan asal berniqab.

veil

Niqab boleh dibuka atas dasar keperluan kata ulama.



5. Berniqab tetapi jangan sekejap pakai sekejap buka

Bagi mereka yang sekejap berniqab sekejap buka ini pula ulama berbincang akan hukumnya. Bagi mengetahui hukumnya maka ia perlu kembali kepada hukum asal iaitu: Jika sekiranya dia memakai niqab disebabkan kewajipan dan menganggap muka adalah aurat maka ia telah melakukan dosa apabila dia menanggalkannya. Adapun jika ia menganggap ia sebagai sunnah maka tidak menjadi masalah tetapi kata ulama ia telah permainkan masalah niqab yang menjadi satu kelebihan.

Bagi mereka yang ingin membuka niqab atas dasar keperluan maka kata ulama dibolehkan pada:

1. Melihat perempuan yang ingin dinikahi semasa proses khitbah (merisik, meminang dan bertunang).

2. Bagi tujuan kesaksian

3. Bagi tujuan muamalat untuk memastikan suatu perkara (seperti belajar, jual beli, kerja)

4. Bagi tujuan perubatan dan rawatan, dengan kehadiran mahram

Janganlah kita berniqab tetapi kita menjadi punca kepada orang lain dalam melakukan maksiat.

Sabda Baginda Rasulullah: Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain cenderung kepada kemaksiatan. – [HR Muslim 2128]

Fahami Tujuannya…Berniqab Tetapi Perangai Buruk, Macam Mana Tu? Ini Bukan Trend!


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Melaka: Tiada lagi alasan untuk tunda demokrasi

Dua kemungkinan natijah krisis Melaka

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker