Makan Banyak Buah Dan Sayur Baik Untuk Kanak-Kanak Berpotensi Miliki Kesihatan Mental Lebih Baik

Makan Banyak Buah Dan Sayur Baik Untuk Kanak-Kanak Berpotensi Miliki Kesihatan Mental Lebih Baik

BUAH-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan yang amat penting dalam diet harian kerana ia membekalkan pelbagai khasiat dan nutrisi yang tidak terdapat dalam makanan lain.

Kanak-kanak yang sedang membesar terutamanya digalakkan untuk makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran supaya mereka dapat membesar dengan lebih sihat.

Bukan sahaja penting bagi kesihatan fizikal, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran turut dikaitkan dengan kesihatan mental yang lebih baik buat kanak-kanak.

Menurut kajian yang dijalankan oleh ahli akademik di Sekolah Perubatan Norwich di University of East Anglia, kanak-kanak yang makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran atau lebih setiap hari mempunyai markah tertinggi untuk kesejahteraan mental.

Buah-buahan serta sayur-sayuran adalah makanan yang penting bagi tumbesaran kanak-kanak.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal BMJ Nutrition, Prevention & Health itu juga mendapati tahap kesejahteraan mental yang lebih tinggi ditunjukkan khususnya dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Kajian berkenaan, yang menganalisis data hampir 9,000 kanak-kanak di 500 sekolah di sekitar Norfolk, England adalah yang pertama seumpamanya yang mengkaji kaitan antara pengambilan buah dan sayur dalam kalangan pelajar sekolah dan kesejahteraan mental.

Peserta kajian melaporkan sendiri pilihan makanan mereka dan mengambil bahagian dalam ujian kesejahteraan mental yang menilai tahap keceriaan, ketenangan dan hubungan interpersonal yang positif.

Kajian tersebut turut mengambil kira faktor-faktor lain yang mempengaruhi mental kanak-kanak, seperti persekitaran rumah dan pengalaman buruk yang dilalui.

Hasil kajian mendapati hanya 25 peratus pelajar sekolah menengah dan 28 peratus pelajar sekolah rendah makan buah dan sayur lima kali sehari seperti yang disyorkan.

Menurut kajian itu lagi, lebih daripada 20 peratus pelajar sekolah menengah dan 10 peratus pelajar sekolah rendah tidak makan sarapan.

Pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran dikaitkan dengan tahap kesihatan mental yang baik bagi kanak-kanak.

Sementara itu, lebih daripada 10 peratus pelajar sekolah menengah tidak makan tengah hari, dan hanya 10 peratus daripada mereka juga dilaporkan tidak makan buah-buahan atau sayur-sayuran.

Penulis kajian itu, Dr Richard Hayhoe berkata, penemuan itu adalah satu perkara yang membimbangkan, kerana kekurangan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran bukan hanya boleh mempengaruhi prestasi akademik di sekolah, tetapi juga pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak.

“Satu lagi perkara menarik yang kami dapati adalah khasiat pemakanan memberi kesan yang sama atau lebih terhadap kesejahteraan sama seperti faktor-faktor lain, contohnya menyaksikan pertengkaran atau kekasaran di rumah.”

“Dalam kalangan pelajar sekolah menengah khususnya, ada kaitan yang sangat kuat antara pengambilan makanan berkhasiat, penuh dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan kesejahteraan mental yang lebih baik.”

Makan Banyak Buah Dan Sayur Baik Untuk Kanak-Kanak Berpotensi Miliki Kesihatan Mental Lebih Baik


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Melaka: Tiada lagi alasan untuk tunda demokrasi

Dua kemungkinan natijah krisis Melaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker