Bubar ketika masih majoriti

MELAKA: Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang mempertikai keabsahan dan kewajaran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka boleh mencetus kesangsian rakyat terhadap institusi Yang Dipertua Negeri.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad menjelaskan, proses pembubaran oleh Tun Mohd. Ali Rustam mengikut Perlembagaan Negeri.

Beliau berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali telah menghantar notis pembubaran DUN ke Pejabat Yang Dipertua Negeri, semasa beliau masih mempunyai majoriti.



Jelasnya, notis tersebut dihantar sehari sebelum sidang akhbar penarikan sokongan oleh empat ahli dewan undangan negeri (ADUN) kerajaan, Isnin lalu.

“Ini bermakna notis yang dihantar untuk pembubaran DUN adalah sah kerana ia dilakukan ketika Sulaiman dan kerajaan negeri masih mempunyai majoriti.

“Kita tahu, jika notis dihantar selepas sidang akhbar empat ADUN tersebut, ia adalah tidak sah kerana kerajaan negeri sudah tumbang.

“Justeru, saya minta mana-mana pihak terutama pembangkang tidak perlu hendak mempertikai keputusan Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan DUN, kerana ia mengikut perlembagaan,” katanya.



Tambah Mohamad Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Baru, parti sudah menghidu perancangan menjatuhkan kerajaan negeri diketuai ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, lebih awal sejak minggu lalu. – UTUSAN

Bubar ketika masih majoriti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




PRN Melaka: UMNO atau Bersatu, PAS masih dalam dilema

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker