PRN Melaka: UMNO atau Bersatu, PAS masih dalam dilema

Sebaran :

PAS masih belum menetapkan kedudukan sebenar mereka jika parti itu berdepan dengan pilihan di antara Umno dan Bersatu dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka kalau ia berlangsung tidak lama lagi.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu masih belum diputuskan kerana perbincangan mengenainya masih berjalan.

“Kami nak lihat pendirian muafakat ummah yang PAS bawa (sama ada) diterima atau sebaliknya,” katanya.

Anggota Parlimen Kubang Kerian itu memberi respon ringkas ketika ditanya adakah PAS bersedia menggunakan formula menyokong calon parti penyandang di mana-mana kerusi yang dipertandingkan di Melaka.

Ia menjadi perhatian kerana kedudukan PAS sebagai parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan pada masa sama menandatangani piagam secara rasmi dengan Umno untuk membentuk Muafakat Nasional.

Keadaan boleh menjadi rumit kerana boleh dikatakan semua kerusi yang ditandingi Umno pada PRU ke-14 lalu juga mempunyai calon dari Bersatu.

Hubungan Umno dan Bersatu pula buat masa ini adalah tegang.

Bagaimanapun untuk rekod tidak dapat dipastikan sama ada “muafakat ummah” yang dimaksudkan Tuan Ibrahim itu merujuk kepada konsep penyatuan ummah yang dibawa PAS bagi mempertautkan Umno dan Bersatu.

Permintaan lanjut Malaysiakini untuk mendapatkan penjelasan “muafakat ummah” itu tidak mendapat reaksi daripada Tuan Ibrahim setakat ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan secara mengejut pada 4 Okt lalu selepas ketua menteri Sulaiman Md Ali kehilangan sokongan majoriti untuk meneruskan pentadbiran.

Ia berlaku apabila empat Adun yang sebelum ini berada dalam kerajaan menarik sokongan daripada Sulaiman.

Sebagai rekod setakat ini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamid sudah memberi kata putus bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.

Sementara itu Tuan Ibrahim yang juga menteri air dan alam sekitar berkata, buat masa ini PAS memberi tumpuan untuk memperkukuh jentera parti.

“Buat masa ini kita perkukuhkan jentera parti di semua peringkat,” katanya.

PRN Melaka: UMNO atau Bersatu, PAS masih dalam dilema


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Idris sila buktikan dakwaan kepada kerajaan negeri’


Sebaran :

Leave a Reply