‘Idris sila buktikan dakwaan kepada kerajaan negeri’

MELAKA – Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron agar membuktikan segala dakwaan yang dilemparkan kepada Kerajaan Negeri Melaka.

Jelasnya, tindakan memburuk-burukan UMNO dan individu tertentu bukan satu politik matang yang diamalkan di negeri itu.

“Saya nak peringat kepada mereka, jangan suka aibkan orang.

Kalau tuduhan itu boleh dibuktikan, saya ajak mereka sila buat laporan mana mana pihak berwajib untuk mereka kemukakan apa juga kesalahan yang mereka dakwa itu kepada semua pihak.

“Berpolitiklah secara matang, supaya kesejahteraan rakyat dan kebaikan kepada rakyat.

Bukan berpolitik burukkan orang itu dan ini, kita pun ada buruk kita. Tak sepatutnya aibkan sesama kita,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Mohamad Ali turut mendedahkan bahawa kemelut politik yang berlaku di Negeri Melaka itu bermula pada tahun 2018 selepas kedua wakil rakyat itu kalah dalam Pemilihan UMNO peringkat bahagian Tangga Batu.

“Mereka telah merancang lebih awal menumbangkan kerajaan UMNO.

Saya nak berikan sedikit rentetan peristiwa ini, tatkala saya mengalahkan beliau.

“Bila Pemilihan UMNO Bahagian Tangga Batu pada tahun 2018 lepas, ahli cawangan mencalonkan saya, saya tak terfikir nak jawatan ini ketika parti dah kalah dan tidak mempunyai apa apa.

“Apabila wakil rakyat Sungai Udang kalah bertanding Ketua UMNO Bahagian dan wakil rakyat Pantai Kundor kalah Timbalan Ketua Bahagian.

Ketengahkan Segera Akta Lompat Parti, Elak Rakyat Terus Jadi Mangsa

“Ketika itu saya bukan wakil rakyat dan rakan saya Datuk Abu Bakar Mohamad Diah pun bukan wakil rakyat tetapi menang.

“Sejak itu keretakan berlaku dalam parti UMNO Bahagian Tangga Batu, apabila mereka tidak boleh menerima kekalahan mereka dalam pemilihan parti pada tahun itu,” katanya lagi.

Malah jelas Mohamad Ali, beberapa jemputan diberikan kepada kedua wakil rakyat itu namun tidak diendahkan.

“Saya jemput penyerahan tugas ketika itu, tetapi mereka tidak hadir dan kita pun dianiaya bila wang parti, buku cek tidak diserahkan kepimpinan baru.

“Seolah olah nak sabotaj parti ketika itu, saya memikul tanggungjawab dan menghidup UMNO Bahagian.

Saya menyusun langkah bersama rakan rakan memperkukuhkan UMNO di Tangga Batu,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Mohamad Ali turut mempersoal tindakan ADUN Sungai Udang yang dikatakan demi kepentingan rakyat.

“Mereka katakan berjuang demi kepentingan rakyat, kalau berjuang demi kepentingan rakyat, dia tak namakan dia dalam SD dia nak jadi Ketua Menteri.

“Pada saya malulah, sebagai ketua menteri yang lepas, sebab UMNO kalah pada PRU yang lepas adalah atas bahu Datuk Idris sendiri sebabkan UMNO kalah.

“Bila Tun Mohd Ali dah tunjukkan contoh kepimpinan Ketua Menteri amat disayangi, bila beralih kepimpinan Idris, susah nak datang jumpa dia.

Rakyat nak jumpa pun susah, kadang-kadang kena marah.

“Perbezaan ditunjukkan amat jauh antara bumi dan langit, contoh daripada Tun Mohd Ali dengan Idris Haron dan menyebabkan rata-rata rakyat ketika itu menyebabkan UMNO kalah pada PRU14,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas ditemui media di kediamannya di Klebang pada Khamis. – Awani

‘Idris sila buktikan dakwaan kepada kerajaan negeri’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Norhizam, jangan menangguk di air keruh’ – Bekas ADUN beri amaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker