Harga emas merosot, dolar kukuh

Harga emas merosot, dolar kukuh

Harga emas turun dipacu dolar yang lebih kukuh dan kenaikan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), dengan tumpuan pelabur terhadap data gaji bukan perladangan (NFP) yang dijadualkan hujung minggu ini.

Emas jongkong turun 0.1 peratus kepada AS$1,758.06 (RM7,349.57) seauns sementara niaga hadapan emas AS 0.1 peratus lebih rendah pada AS$1,758.40 (RM7,350.99).



Walaupun dolar berada pada tahap tertinggi untuk tahun ini, hasil penanda aras 10 tahun meningkat lebih tinggi terhadap pemegang mata wang lain.

Data gaji AS pada hari Jumaat diramalkan akan menunjukkan penambahan 488,000 pekerjaan pada September dan penting bagi garis masa Rizab Persekutuan (Fed) untuk mengurangkan sokongan ekonomi.

Presiden Fed Chicago, Charles Evans memaklumkan, dia masih percaya halangan bekalan mendorong sebahagian besar kenaikan inflasi baru-baru ini akan mereda.

“Bank pusat hampir mula mengurangkan pembelian aset bulanan,” katanya.



Emas sering dilihat sebagai lindung nilai inflasi, tetapi pengurangan rangsangan bank pusat dan kenaikan kadar faedah cenderung mendorong peningkatan hasil bon kerajaan, memberikan kos peluang lebih tinggi untuk memegang emas yang tidak membayar faedah.

Kegiatan industri perkhidmatan AS meningkat pada September, tetapi pertumbuhannya dihalang kekurangan input yang berterusan, menurut tinjauan Institut Pengurusan Bekalan.

Penjualan produk emas Perth Mint melonjak pada September, sekitar 83 peratus ke tahap tertinggi sejak April, sementara penjualan perak meningkat hampir 23 peratus.

Bank pusat Poland dapat membeli 100 tan emas lagi untuk simpanannya tahun 2022, kata ketua bank itu pada Selasa.



Perak turun 0.4 peratus kepada AS$22.57 (RM94.35) seauns, platinum turun 0.2 peratus kepada AS$960.11 (RM4,013.74) dan paladium turun 0.3 peratus kepada AS$1,908.14 (RM7,976.98). Utusan

Harga emas merosot, dolar kukuh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker