Pentadbiran Melaka berjalan seperti biasa

ALOR GAJAH – Urusan pentadbiran Negeri Melaka tetap berjalan seperti biasa tanpa campur tangan politik walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar Selasa lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts Kamel Mohamad berkata, penjawat awam negeri dan lantikan Persekutuan terus bergerak dalam pasukan yang sama bagi memastikan tumpuan Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjadi keutamaan.

Menurutnya, barisan pentadbiran kerajaan negeri berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat.



“Kita kena pastikan pentadbiran terus bergerak dan setiap program dilaksanakan menyentuh rakyat,” katanya selepas meninjau proses vaksinasi Covid-19 Masyarakat Orang Asli di Balairaya Taman Kejora, di Kuala Sungga di sini, pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebarang perkara membabitkan keabsahan kerajaan sementara Melaka susulan pengumuman pembubaran DUN akan dinilai menerusi proses perundangan negeri.

Menurutnya, penilaian itu akan dilakukan bagi memastikan agenda kesejahteraan rakyat negeri menjadi fokus utama ermasuk usaha memastikan kadar vaksinasi Melaka mencapai sasaran serta agenda pelancongan berjalan lancar.

“Kita mempunyai Perlembagaan negeri dan sistem perundangan akan dilihat daripada pelbagai sudut, tentu juga pihak terlibat sudah ada rujukannya.



“Dalam situasi ini saya yakin penjawat awam akan terus berkhidmat dengan baik agar agenda kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi Melaka berjalan seperti biasa,” katanya.

Sinar Harian pada Rabu menyiarkan Pakatan Harapan (PH) Melaka berpandangan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak lagi mempunyai kepercayaan majoriti dan tidak wajar menasihat Yang di-Pertua Negeri bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, tindakan membubarkan DUN merupakan tindakan terburu-buru sebelum mendengar pandangan wakil rakyat pembangkang.

Pentadbiran Melaka berjalan seperti biasa




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


SPRM siasat dakwaan Idris



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker