Ibu Danial Akmal akan ambil tindakan undang-undang kes buli di asrama ASiS

Muhammad Danial Akmal Zulkhairi ditemui orang awam di pondok menunggu bas di depan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, semalam dalam keadaan sangat lemah. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ibu kepada remaja 14 tahun yang hilang dari asrama Sekolah Menengah Sains Alam Shah di Cheras, Kuala Lumpur ditemui malam tadi mendakwa anaknya melarikan diri kerana tidak tahan dibuli dengan teruk.

Nurul Shuhada Jamaludin, 38, berkata Muhammad Danial Akmal Zulkhairi nekad melarikan diri dari asrama sekolah di Cheras pada 3 pagi Khamis lalu.

“Perkara ini didedahkan anak saya, (dia) sudah tidak tahan dan tidak mampu menghadapi perbuatan buli yang sangat teruk dilakukan kepadanya,” katanya menurut Sinar Harian.

“Ini bukan kali pertama dia dibuli. Sebelum ini dia pernah juga dibuli, namun saya dinasihat menyelesaikan perkara itu dengan baik dan tidak mendakwa si pelaku.”



Beliau berkata, anaknya ditemui orang awam di pondok menunggu bas di depan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, semalam dalam keadaan sangat lemah kerana tidak makan.

Susulan kejadian kali ini, Shuhada berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang bagi memperjuangkan nasib anaknya.

“Ini kali kedua kejadian buli yang sangat teruk berlaku kepada Danial. Saya tidak boleh berdiam diri lagi. Saya akan mengambil tindakan tegas supaya keadilan dapat ditegakkan.”

Katanya, Danial melarikan diri tanpa membawa dompet dan sekadar menjamah roti serta minum air yang diberikan seorang individu.



“Danial kelihatan sangat tidak terurus (ketika ditemui) dan seolah-olah macam gelandangan. Saya tidak pernah melihat dia sebegitu rupa, namun saya sekeluarga amat bersyukur kerana dia ditemui dalam keadaan selamat.”

Sementara itu, Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin berkata, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengetahui bagaimana remaja itu boleh berada di tempat dia ditemui.

Beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat berkaitan menghubungi hotline polis Cheras 03-92845050/5051, hotline polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau ke mana-mana balai polis berdekatan.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, ia sedang menyiasat dakwaan kes buli ini bagi memastikan ia dapat diselesaikan segera.



“Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 dan 13 Tahun 2023, bertarikh 3 Nov 2023 perlu dijadikan panduan bagi menangani gejala buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan KPM,” katanya dalam kenyataan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL



Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker