Persatuan hotel tak setuju kerajaan batal ujian Covid-19 ke Langkawi

Persatuan hotel tak setuju kerajaan batal ujian Covid-19 ke Langkawi

Kerajaan tidak sepatutnya membatalkan keperluan ujian pengesanan Covid-19 bagi pelancong ke Langkawi, kata Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA).

Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) MyBHA, Norazly Rosly, berkata ujian pengesanan itu dilihat masih perlu bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 di pulau pelancongan itu.

“Kami berpendapat kejayaan gelembung pelancongan Langkawi yang bermula 16 September lalu adalah disebabkan langkah mewajibkan ujian pengesanan Covid-19.

“Justeru, kami tidak bersetuju dengan pembatalan ujian itu. Kami juga bimbang keputusan kerajaan itu akan menjejaskan keyakinan orang ramai untuk melancong ke Langkawi.

“Kerajaan perlu mengambil langkah bertanggungjawab dengan memastikan pelancong ke Langkawi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk melakukan ujian pengesanan awal,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Kementerian Kesihatan (KKM) semalam membuat keputusan menghentikan keperluan ujian pengesanan Covid-19, sebelum pelancong masuk ke Langkawi.

Ketika projek rintis gelembung pelancongan Langkawi bermula 16 September, semua pelancong diwajibkan menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan ke pulau itu. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Persatuan hotel tak setuju kerajaan batal ujian Covid-19 ke Langkawi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker