Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri

Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri

Seorang anggota tentera maut menembak diri sendiri menggunakan senjata jenis M4, selepas bertengkar dengan isterinya dalam kejadian di sebuah rumah, di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah, Jalan Matang, Kuching, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata dalam kejadian 12.45 tengahari itu, suspek berusia 28 tahun tiba ke lokasi kejadian bagi tujuan penyelesaian rumahtangga dengan isterinya, di mana masih dalam proses penceraian.

“Semasa dalam perbincangan suspek telah marah dan mengambil senjata jenis M4 yang disimpan dalam kereta suspek.

“Suspek terus melepaskan beberapa das tembakan di dalam rumah bahagian ruang tamu dan dapur. Dalam kejadian ibu mentua suspek berumur 58 tahun turut terkena tembakan di bahagian bahu sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, susulan itu, suspek menghala ke hadapan rumah berkenaan dan terus menembak diri sendiri di bahagian dagu.

“Suspek maut di tempat kejadian,” katanya.

Abang Zainal ketika mengulas lanjut, berkata ketika kejadian suspek masih bertugas sebagai anggota pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di daerah Bau.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Siasatan sedang dijalankan dan pihak polis menggesa orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses selesai,” katanya. FMT

Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker