Penjara 6 bulan ganti denda terhadap lelaki rakam, miliki video, gambar bogel anak tiri

Penjara 6 bulan ganti denda terhadap lelaki rakam, miliki video, gambar bogel anak tiri

Penjara 6 bulan ganti denda terhadap lelaki rakam, miliki video, gambar bogel anak tiri

MUAR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengetepikan denda RM6,000 yang dikenakan Mahkamah Sesyen terhadap seorang pekerja pembersihan yang mengaku bersalah merakam dan memiliki 18 rakaman video bogel dan beberapa keping gambar bogel anak tirinya sedang mandi di rumahnya, tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, sebaliknya memutuskan bahawa hukuman itu digantikan dengan penjara selama enam bulan yang berkuat kuasa mulai hari ini.

Dalam penghakimannya, Meor Hashimi berkata, denda yang dikenakan Mahkamah Sesyen pada 19 Mac lalu adalah tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan tertuduh.

“Kesalahan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, adalah serius. Sebagai bapa tiri, tertuduh sepatutnya melindungi mangsa daripada perbuatan tidak bertanggungjawab.

“Perbuatan tertuduh meninggalkan kesan dan trauma berpanjangan kepada mangsa, mahkamah menganggap tertuduh perlu dikenakan hukuman sewajarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


“Mengguna pakai Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah yang dibaca bersama Seksyen 325 kanun sama serta atas pertimbangan dan mitigasi kedua-dua pihak, hukuman denda dikenakan Mahkamah Sesyen diketepikan, diganti dengan penjara enam bulan bermula hari ini.

“Hukuman ini diputuskan setelah mengambil kira kepentingan awam serta pengajaran kepada masyarakat. Selain itu, mahkamah memerintahkan denda RM6,000 yang dibayar tertuduh dipulangkan semula,” katanya.

Pada 19 Mac lalu, tertuduh berusia 56 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan mengaku bersalah sebelum Hakim, Nariman Badruddin, mengenakan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak iaitu 18 rakaman video dan beberapa keping gambar bogel anak tiri berusia 15 tahun yang sedang mandi.

Perbuatan itu berlaku antara 17 September hingga 21 Disember tahun lalu dengan seksyen itu memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Bagaimanapun, seminggu kemudian, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan berhubung keputusan itu Mahkamah Sesyen.

AGC berkata, notis rayuan itu difailkan terhadap keputusan mahkamah terhadap pekerja pembersihan berusia 56 tahun yang mengaku bersalah di bawah pertuduhan mengikut Seksyen 10 AKKSTKK 2017 [Akta 792] kerana memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak iaitu 18 rakaman video bogel dan beberapa keping gambar bogel kanak-kanak perempuan itu.

“Selepas mempertimbangkan keputusan Mahkamah Sesyen Muar, AGC hari ini memfailkan notis rayuan bagi merayu terhadap hukuman denda yang dijatuhkan ke atas pesalah berkenaan.” katanya dalam kenyataan sebelum ini.

Semakan kehakiman itu dibuat selepas gesaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, 21 Mac lalu.

Penjara 6 bulan ganti denda terhadap lelaki rakam, miliki video, gambar bogel anak tiri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker