Tambah jumlah hari sidang khas Dewan Rakyat – Anwar

Tambah jumlah hari sidang khas Dewan Rakyat – Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, memanjangkan jumlah hari persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan berakhir 2 Ogos depan.

Anwar (PKR-Port Dickson) turut memohon jumlah ahli Parlimen yang dibenarkan masuk dalam Dewan Rakyat untuk berbahas ditambah kerana ramai tidak dapat menyatakan pandangan berhubung pelbagai isu, khususnya berkaitan COVID-19 berikutan tempoh yang terhad.

“Ramai Ahli Parlimen tidak dapat menyatakan pandangan kerana masa amat terbatas, selain kerana ketetapan yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai COVID-19.

“Saya minta pertimbangan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk berbincang dengan menteri untuk menambah jumlah hari kerana beberapa isu seperti pendidikan dan kesihatan tak dapat dibahas secara terperinci,” katanya di Parlimen, hari ini. BH

*Berita lanjut menyusul*

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tambah jumlah hari sidang khas Dewan Rakyat – Anwar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker