Tiz Zaqyah kena kecam kerana ini….

Tiz Zaqyah kena kecam kerana ini….

Pelakon, Tiz Zaqyah telah mengundang kecaman dan kritikan gara-gara didakwa tidak menjaga penjarakan sosial ketika bercuti di Langkawi, Kedah.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pelakon itu di Instagram, dia telah berkongsikan gambar di atas kapal persiaran mewah persendirian bersama rakan-rakannya.



Melihat perkongsian yang dibuat, Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, didakwa tidak menghiraukan peringatan penjagaan SOP yang perlu dijaga biarpun pelbagai kelonggaran telah diberikan kerajaan.

Pelakon ini juga meluah rasa bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang sentiasa menemaninya disaat memerlukan.

“Sangat bertuah kerana dapat berada dalam keluarga yang cantik hati ini

“Mereka benar-benar tahu bekerja dan selalu kekal positif yang tidak pernah berakhir, sokongan yang tidak berkesudahan, saya awak sangat-sangat,” tulisnya.



Difahamkan selain penjarakan sosial, Tiz serta rakannya juga didakwa telah melanggar SOP apabila tidak memakai pelitup muka pada ketika itu.

Ekoran itu, dia telah dikecam oleh pengikutnya di media sosial gara-gara berkongsikan gambar tersebut.

“Semua tak ikut SOP, tak pakai pelitup muka

“Memaksa orang untuk mendapatkan suntikan vaksin, tetapi anda sendiri tidak mengikuti SOP,” komen pengikutnya.



Selain itu, pelakon ini turut dikecam kerana didakwa terlalu slumber mendedahkan aurat ketika sedang bercuti di Langkawi, Kedah.

“Kau tu lawan siapa sebenarnya dengan aurat terdedah sini sana bagai?

“Yang orang nampak tak pakai pelitup muka tak ikut SOP, tak tutup aurat tak nampak pulak,” Komen pengikutnya lagi. Bn

Tiz Zaqyah kena kecam kerana ini….




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker