Resepi Ayam Kerisik Nenas, menyelerakan

Sebaran :

Resepi Ayam Kerisik Nenas, menyelerakan

Hidangan berasaskan ayam antara menu yang sangat digemari. Apa kata cuba resepi ayam kerisik nenas ni. Resepi yang sangat sedap, mudah dan membuka selera.

BAHAN-BAHAN:

500 gm ayam
250 ml santan
1 biji nenas
4 sudu besar kerisik
Garam
Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm kunyit
5 cm halia
4 cm lengkuas
2 batang serai
10 tangkai cili kering

CARA MENYEDIAKAN:

Ayam dipotong ikut suka, cuci dan bersihkan.Tuskan airnya.
Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
Tuangkan santan dan masak sehingga mendidih.
Masukkan ayam dan nenas. Masak sehingga hampir kering.
Kemudian masukkan kerisik dan tambahkan garam. Gaulkan sebati masak lagi sehingga kering.

Ha dah siap pun. Apa lagi jamulah keluarga anda dengan masakan ayam kerisik nenas ini. Pasti bertambah sayang mereka kepada anda. Jangan lupa share resepi ini kepada kawan-kawan anda.

Resepi Ayam Kerisik Nanas, menyelerakan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3


Sebaran :

Leave a Reply