Payung terjun gagal dibuka, tentera terjunam ke tanah

Payung terjun gagal dibuka, tentera terjunam ke tanah

Seorang tentera berdepan detik-detik cemas apabila terjunam dari udara selepas payung terjun yang digunakan dalam kursus latihan gagal dibuka, lapor akhbar The Sun semalam.

Luis Alfonso Garces Vila ketika kejadian sedang menjalani latihan di Fakulti Tentera Payung Terjun di Tolimo, Colombia, Sabtu lalu, sebelum membuat terjunan dari sebuah helikopter bersama rakan-rakan sepasukan.



Namun, ketika berada di udara, payung terjunnya gagal dibuka sebelum dia jatuh menjunam ke atas tanah.

Rakaman insiden itu menunjukkan Vila terjatuh dari satu jarak ketinggian yang ‘agak tinggi’.

Dia kemudiannya dikejarkan ke sebuah pusat perubatan yang terletak kira-kira 45 minit dari Pangkalan Udara Tolemaida dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Laporan media tempatan menyebut bahawa salah satu payung terjun simpanan Vila telah terbuka sebelum dia jatuh ke tanah. K Online



Payung terjun gagal dibuka, tentera terjunam ke tanah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker