Pangkat PDRM tidak boleh dibeli

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, menegaskan semua urusan kenaikan pangkat, penempatan dan pertukaran dalam pasukan itu dilaksanakan menerusi prosedur serta sumber rasmi.

Katanya, proses bagi semua urusan berkenaan juga dilakukan secara teliti, termasuk perlu melalui temu duga dan saringan oleh pegawai peringkat tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Malah, beliau menjelaskan, proses berkait kenaikan pangkat turut membabitkan cadangan daripada Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan dan Ketua Polis Negeri.



“Dalam PDRM, proses kenaikan pangkat bukanlah satu perkara mudah yang boleh ‘dibeli atau dibayar’ dengan sewenang-wenangnya. Sebaliknya, ia perlu melalui tapisan yang amat ketat dan prosedur ditetapkan.

“Penganugerahan pangkat atas cadangan pihak atasan PDRM adalah berdasarkan komitmen tinggi dan dedikasi ditunjukkan setiap pegawai serta anggota dalam melaksanakan tugas dan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya kepada BH, hari ini.

BH semalam melaporkan PDRM sedang menyiasat laporan seorang wanita yang mendakwa meminjamkan RM100,000 kepada seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan dikatakan mahu ‘membeli’ pangkat Superintendan.

Wanita berusia 36 tahun itu membuat laporan polis, Khamis lalu, dengan mendakwa diugut bunuh oleh pegawai kanan polis terbabit dan seorang lagi lelaki selepas beliau cuba meminta pegawai berkenaan membayar semula wang dipinjamkan.



Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, siasatan sedang giat dijalankan sebaik saja polis menerima laporan berkenaan, termasuk dari sudut tatatertib dan jenayah.

Buat masa ini, beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, ini kali pertama PDRM menerima laporan polis berhubung dakwaan ‘beli’ pangkat dalam pasukan berkenaan. BH

Pangkat PDRM tidak boleh dibeli




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker