Mekanik Durjana: Mahkamah hukum 12 tahun penjara 1 sebatan kerana merogol kanak-kanak

Muhammad Amirul Abdullah dituduh merogol kanak-kanak berusia 12 tahun itu pada Julai tahun lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang mekanik dihukum penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Muhammad Amirul Abdullah, 27, yang juga bapa kepada dua anak mengaku salah atas tuduhan terhadapnya. Hakim Rasyihah Ghazali memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap pada 14 Oktober lalu, menurut laporan Bernama.

Muhammad Amirul mengaku melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Flat Puchong Permai di Puchong, kira-kira 9.30 malam, 29 Julai tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Dalam rayuan bagi meringankan hukumannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon hukuman ringan dengan alasan dia menyesal dengan tindakannya selain merupakan penanggung utama keluarga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Zatil Hidayah Ali memohon mahkamah mengenakan hukuman berat ke atas tertuduh kerana perbuatan itu dipandang jijik dan hina oleh masyarakat apatah lagi melibatkan mangsa kanak-kanak.

“Saya mohon mahkamah mengambil kira hasrat kerajaan untuk melindungi kanak-kanak terutama dari jenayah seksual. Saya percaya hasrat kerajaan ini boleh dizahirkan mahkamah hari ini melalui hukuman berat dikenakan ke atas tertuduh,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker