Gangguan bekalan air jadi endemik di Selangor

Gangguan bekalan air jadi endemik di Selangor

Selangor berterusan berhadapan dengan masalah gangguan air yang disifatkan sebagai ‘endemik’ selagi Pakatan Harapan (PH) memerintah negeri ini apabila masalah berkenaan membelenggu walaupun sudah tiga penggal menjadi kerajaan, kata pemimpin Barisan Nasional (BN).

Tanggapan itu diberikan Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil yang menyelar kerajaan negeri berterusan memberikan alasan terhadap isu gangguan air berlaku hampir setiap tahun.

“Alasan demi alasan diberikan oleh Kerajaan Selangor kononnya penyelenggaraan, paip pecah, keracunan, pencemaran sungai dan sebagainya.

“Di seluruh dunia pun penyelenggaraan infrastruktur air kerap berlaku, namun ia tidaklah kerap mengakibatkan terputusnya bekalan air di kawasan yang besar seperti di Selangor selama berhari-hari dan ada masanya berminggu-minggu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) mengumumkan sebanyak 998 kawasan di tujuh wilayah di Lembah Klang dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 13 Oktober depan.

Gangguan itu ekoran pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan, kawasan itu melibatkan wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Dalam pada itu, Isham turut menyindir penyokong tegar PH mungkin boleh menerima keadaan tersebut (gangguan bekalan air) dan menelan sahaja alasan-alasan yang diberikan.

“Tetapi rakyat rata-rata sengsara bila air tiada dan mereka mahu perkara ini diselesaikan. Jika Selangor ingin betul-betul jadi maju, perkara asas seperti ini perlu dibetulkan dahulu,” katanya.

Bekas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dalam kenyataan sama turut mengingatkan Selangor mempunyai kadar kekerapan terputus bekalan air yang tertinggi di Malaysia.

Malah beliau juga mengimbau kembali insiden pernah disaman oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di Mahkamah Tinggi berhubung kritikan terhadap gangguan bekalan air namun kes tersebut dimenanginya.

Saman itu difailkan kerana beliau telah menulis satu artikel dengan fakta yang mengkritik perkhidmatan bekalan air di negeri Selangor.

Dalam kes terbabit, beliau menyatakan kepada mahkamah bahawa saman SYABAS ke atasnya adalah tidak berasas dan bermotifkan politik sebab kelantangan beliau mengkritik Kerajaan Negeri Selangor dengan membawa isu-isu rakyat. Utusan

Gangguan bekalan air jadi endemik di Selangor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker