PUTRA tanding PRN Melaka

PUTRA tanding PRN Melaka

Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA) mengumumkan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini.

Presidennya Ibrahim Ali berkata keputusan itu dibuat kerana parti itu mahu menyelamatkan rakyat daripada permainan politik di negeri berkenaan.



“PUTRA datang ke Melaka untuk menyelamatkan rakyat Melaka akibat permainan politik daripada kedua-dua belah parti politik. PUTRA datang nak selamatkan Melaka,” katanya menurut laporan Malaysia Gazette.

Beliau menjangkakan PUTRA akan bertanding di dua hingga enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

“DUN Melaka ada 28 kerusi, PUTRA terus terang mengatakan tidak akan bertanding sejumlah itu. Kita bertanding sebagai warming up (pemanas badan) menuju kepada PRU15, sebagai parti baharu,” katanya.

Terdahulu, Ibrahim berkata, keputusan bertanding pada PRN Melaka itu dimuktamadkan menerusi mesyuarat biro politik partinya yang diadakan hari ini.



Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tok Him berkata, senarai calon sudah dikenal pasti namun beliau masih belum membuat keputusan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan tidak akan bertanding pada PRN itu kerana fokus untuk bertanding di kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan PRN Melaka pada 20 Nov dengan pengundian awal 16 Nov, manakala hari penamaan calon pada 8 Nov.

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas empat ADUN iaitu dua dari Barisan Nasional (BN) dan dua lagi masing-masing dari Bersatu dan Bebas menarik sokongan menyebabkan kerajaan BN dan PN hilang majoriti. FMT



PUTRA tanding PRN Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker