Benih padi didakwa lepasi harga siling

Benih padi didakwa lepasi harga siling

BAGAN SERAI: Pesawah-pesawah di daerah Kerian di sini, terbeban berikutan kenaikan harga benih padi yang dikhuatiri menjejaskan jadual penanaman padi musim baharu tidak lama lagi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, mereka mendakwa, sebelum ini harga benih padi di kilang ialah RM28 bagi setiap 20 kilogram dan apabila sampai kepada pesawah, ia mencecah harga RM35.

Namun, harga benih padi ketika ini naik kepada RM33 harga di kilang dan dibeli pesawah pada harga RM38 dan RM40.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSawah) berkata, kenaikan harga benih padi meresahkan pesawah, memandangkan musim penanaman baru perlu dilakukan tidak lama lagi.

Wakil PeSawah, Azhar Hashim, 53, berkata, harga benih padi untuk pesawah di kawasan Bagan Serai melebihi harga siling yang ditetapkan.

Menurutnya, sebelum ini, benih padi di bawah kendalian Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) namun jualan benih padi dibuka kepada individu berlesen antara punca harga benih padi yang sampai ke tangan pesawah melebihi harga siling.

“Pesawah di sini berharap kerajaan menyelesaikan isu ini dengan segera. Masalah ini dihadapi setiap kali menjelang musim menanam,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, NGO itu yang mewakili pesawah bagi negeri-negeri utara tanah air berharap kerajaan menyelesaikan isu kenaikan harga benih padi dan racun yang dialami pesawah.

“Jika tidak diselesaikan, kami para pesawah sedia untuk mengadakan demonstrasi secara aman di Putrajaya,” katanya.

Selain benih padi, pesawah di sini juga terbeban dengan kenaikan harga racun yang naik mendadak pada masa ini.

Ketua Unit Pesawah Parit Haji Ali, Masjid Tinggi di sini, Muslan Mohd. Napiah, 46, berkata, di kawasannya terdapat 550 pesawah yang tertekan dengan kenaikan harga racun pelbagai kegunaan.

Menurutnya, sebelum ini, harga racun antara RM180 dan RM220 setiap 20 liter namun naik kepada RM380 hingga RM480 seliter.

“Apabila ditanya, penjual memberi alasan kenaikan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alasan itu sukar untuk kami terima dan berharap kerajaan melihat isu ini,” katanya. Utusan

Benih padi didakwa lepasi harga siling


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker