Tengku Zafrul jawab tuduhan Hishammuddin

Tengku Zafrul jawab tuduhan Hishammuddin

Tengku Zafrul Aziz memberi perumpamaan seperti “proses pernikahan orang Melayu” sebagai menjelaskan kebimbangan kurangnya kemajuan kerajaan merealisasikan komitmen RM170 bilion pelaburan langsung asing (FDI) diterima daripada pelbagai konglomerat China.

Dalam video berdurasi lima minit yang dimuatnaik dalam platform X, menteri perdagangan, pelaburan dan industri itu berkata statusnya sama seperti “orang terima pinangan” dengan “keluarga lelaki dan perempuan setuju mereka disatukan”.

Beliau berkata, langkah seterusnya adalah syarikat berkenaan akan memohon kelulusan pelaburan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida).

Tengku Zafrul berkata, pada peringkat itu pelabur akan memberi perincian lebih mendalam butiran pelaburan.

Merealisasikan pelaburan diumpamakan seperti mendapat ‘anak’, kata Tengku Zafrul.
“Masa ini jugalah mereka akan memohon insentif untuk melabur. Bila butiran pelaburan dan insentif dah dipersetujui maka pelaburan ini akan diluluskan.

“Kalau nak guna analogi pinangan itu, ‘part’ (bahagian) ini sama macam pernikahan, ada akad setuju berapa mas kahwin, siap ada hantaran lagi,” katanya.

Seterusnya, beliau berkata baharulah sampai ke peringkat merealisasikan pelaburan.

“Yang ini sama macam dapat anak kerana anak itulah adalah hasil daripada sesuatu ‘perkahwinan’,” katanya.

Katanya, proses dalam merealisasikan pelaburan mengambil masa antara satu ke tiga tahun, mengikut nilai pelaburan.

Tengku Zafrul juga turut melakukan “sindiran” terhadap pengkritik yang mempersoalkan kelambatan kerajaan dalam merealisasikan FDI.

“Jadi, orang yang tanya apa jadi lepas komitmen pelaburan diumumkan, mengapa lambat sangat pelaburan ini masuk sama levelnya dengan orang yang tanya lepas pinangan diterima, kenapa lambat sangat nak dapat anak?

“Kedua-dua pelaburan dan perkahwinan memerlukan masa sebelum kita dapat lihat hasilnya”.

Beliau berkata, kerajaan benar-benar serius dalam merealisasikan pelaburan menerusi penubuhan Jawatankuasa Tindakan Pelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) meneliti status terkini, memantau serta menyelesaikan isu dihadapi pelabur dan pengeksport.

Katanya, JTPPP juga melapor kepada Majlis Pelaburan Negara yang bersidang setiap bulan, dipengerusikan sendiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Tengku Zafrul berkata, setakat Jun lalu, Malaysia telah meluluskan RM132.6 bilion FDI, mewakili 60% daripada sasaran kerajaan pada 2023. Katanya, jumlah itu merangkumi pelaburan dijanjikan daripada China.

Minggu lalu, bekas menteri pusat, Hishammuddin Hussein menuduh Putrajaya lambat mengambil tindakan menguruskan perkara berkaitan ekonomi.

Mengambil maklum pengumuman FDI berbilion ringgit, Ahli Parlimen Sembrong mempersoalkan sama ada tindakan susulan diambil.

Awal bulan ini di Dewan Rakyat, Anwar berkata Malaysia mempunyai potensi meraih FDI sebanyak RM216 bilion hasil lawatannya ke China, Amerika Syarikat, dan Emiriah Arab Bersatu. FMT

Tengku Zafrul jawab tuduhan Hishammuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker