102 terkorban termasuk 7 kanak-kanak pada hari ke-5 serangan Russia

Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan bangsa-Bangsa bersatu (PBB), Michelle Bachelet berkata, sekurang-kurangnya 102 orang awam termasuk tujuh kanak-kanak terkorban pada hari ke lima Russia melancarkan perang.

Bagaimanapun, jumlah sebenar kemungkinan lebih ramai.

Bachelot berkata, pejabatnya merekodkan 406 kematian orang awam secara keseluruhan, termasuk 102 kematian pada hari ini.

“Kebanyakan orang awam terkorban disebabkan letupan senjata di kawasan terbuka termasuk tembakan daripada artileri berat, sistem roket dan serangan udara,” katanya.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia itu berkata, penderitaan yang dialami penduduk Ukraine semakin kritikal.

“Ribuan orang awam termasuk warga emas berhimpun di pelbagai lokasi bagi mengelak serangan termasuk di stesen bawah tanah, bagi mengelak letupan,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini agensi pelarian menganggarkan kira-kira 368,000 penduduk menjadi pelarian kerana meninggalkan tanah air mereka.

Terdahulu, Ukraine menuntut Russia melakukan gencatan senjata serta-merta dan mengundurkan pasukan tenteranya dari negara ini.

Perkara itu disuarakan ketika delegasi Ukraine dan Russia mengadakan rundingan buat pertama kali sejak Moscow menyerang Kyiv, Khamis lalu.

“Kami menuntut supaya Russia melaksanakan gencatan senjata serta keluar dari Ukraine serta-merta,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Presiden Ukraine.

Volodymyr Zelensky dalam satu kenyataan berasingan mendesak tentera Russia meletakkan senjata dan meninggalkan medan perang. – Agensi

102 terkorban termasuk 7 kanak-kanak pada hari ke-5 serangan Russia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker