Anggota PGA, rakan didakwa seludup 5 migran

Anggota PGA, rakan didakwa seludup 5 migran

PASIR MAS: Tiga lelaki, termasuk anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyeludup lima migran warga Thailand, awal bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh iaitu anggota PGA, Muhd Nor Hafifi Md Khanapiah, 33, dan dua rakannya, Mohd Azhar Mohamad, 28, serta Muhammad Rahmat Muhammad, 33, selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyeludup lima migran, Yuyanee Yusof, Nuriyah Mama, Romlah Saa, Haleemoh ChaiResai dan Rorpee-ah Dorloh di sekatan jalan raya Lalang Pepuyu, dekat Tanah Merah, jam 10 malam, pada 6 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 26A Akta AntiPermerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang juga di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas 2012).

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun dan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala anggota PGA dan Mohd Azhar tidak diwakili peguam.

Muhammad Rahmat diwakili peguam, Shaharuddin Mohamed.

Terdahulu, Abu Arsalnaa memohon ketiga-tiga tertuduh tidak diberikan jaminan.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 9 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes untuk mengambil keterangan kelima-lima migran. BH

Anggota PGA, rakan didakwa seludup 5 migran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker