80 ribu imej dan video ranjang milik wanita disimpan oleh lelaki penggodam komputer

LONDON – Seorang lelaki di Britain ditahan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) selepas menggodam lebih 700 kamera web untuk mengintip wanita di seluruh dunia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Christopher Taylor, 60, ditahan selepas memperdaya 772 orang untuk mendapatkan kawalan ke atas kamera web mereka.

Perisian jahat (malware)  yang digunakan Taylor memberinya akses penuh ke atas kamera web serta log masuk untuk mengintip mangsanya semasa mereka belajar, berlatih yoga dan melakukan hubungan intim, jelas keterangan di Mahkamah Diraja Bolton.

Sepanjang tempoh itu, Taylor secara rahsia menonton dari sebuah komputer riba di rumahnya di Wigan sebelum ejen FBI akhirnya menjejaki penggodam tersebut.

Komputer riba milik seorang pelajar di Institut Teknologi Georgia mendedahkan jenis malware yang digunakan Taylor sebelum rumahnya diserbu pada 2016.

Taylor yang dipenjarakan selama 14 bulan telah mengintip ramai wanita untuk kepuasan seksualnya sendiri serta mengumpulkan 80,000 imej dan video antara 2010 dan 2016.

Secara keseluruhan, 82 imej melibatkan haiwan ditemui termasuk satu klip video seorang wanita melakukan hubungan seks dengan anjing.

Taylor juga telah memadamkan beribu-ribu fail sebelum ditangkap.

Dia memperdaya mangsa dengan laman web lucah palsu yang apabila diklik, akan memberikannya akses penuh ke komputer riba mereka, termasuk kamera web. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker