Penduduk kulit hitam menang jawatan Datuk Bandar New York

NEW YORK – Bekas anggota polis, Eric Adams memenangi Pilihan Raya Datuk Bandar New York pada Selasa, menurut beberapa stesen televisyen Amerika Syarikat (AS) dan keputusan tidak rasmi.

Stesen televisyen NBC, CBS dan New York 1 mengumumkan kemenangan Adams dan ia bermakna beliau menjadi penduduk AS berkulit hitam yang kedua mengetuai pentadbiran bandar raya terbesar di negara berkenaan.

Undi tidak rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Pilihan Raya Bandar Raya New York menunjukkan Adams, 61, menang lebih 70 peratus daripada undian.

Adams yang mewakili Parti Demokrat menewaskan pencabarnya daripada Republikan, Curtis Silwa dan akan menggantikan Bill de Blasio yang tidak bertanding selepas memegang jawatan itu selama dua penggal.

Undang-undang di New York menetapkan seseorang yang memegang jawatan itu selama dua penggal tidak boleh bertanding lagi.

Sebelum ini, David Norman Dinkins menjadi Datuk Bandar New York yang pertama dari kulit hitam dan memegang jawatan itu dari tahun 1990 hingga 1993. – Agensi

Penduduk kulit hitam menang jawatan Datuk Bandar New York


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker