Padah merokok di premis makanan, lapan individu dikompaun

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah mengeluarkan kompaun ke atas lapan individu atas kesalahan merokok di dalam premis makanan.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Husin berkata, kompaun itu dikeluarkan bawah Peraturan 11(1)(h) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004).

“Saya menyeru orang ramai untuk patuh kepada peraturan ini kerana ia masih lagi berkuat kuasa.



“JKNK akan terus mengingatkan masyarakat yang mungkin lupa kepada peraturan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, kompaun itu dikeluarkan menerusi operasi bersepadu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkait Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Tiga Covid-19 di seluruh negeri pada Isnin.

Beliau berkata, JKNK sedia membantu individu yang mahu berhenti merokok menerusi perkhidmatan mQuit di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaini berkata, sebanyak 37 kompaun telah dikeluarkan terhadap individu yang tidak mematuhi SOP MKN menerusi operasi bersepadu itu.



Katanya, kesemua kesalahan ini adalah di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan 1 dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Nilai kompaun keseluruhan ialah RM56,000 dan daripada jumlah keseluruhan itu seramai 27 individu melakukan kesalahan dengan tidak mendaftar memasuki premis melalui aplikasi MySejahtera atau menulis di dalam buku daftar masuk premis.

“Selain itu, tujuh individu tidak memakai pelitup muka dan tiga pemilik premis gagal memastikan laluan keluar masuk dengan penjarakan satu meter, peralatan suhu tidak berfungsi, dan tidak memastikan penjarakan satu meter bagi pelanggan,” katanya.

Menurutnya, kesemua individu yang telah dikompaun boleh hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk membuat rayuan dan pembayaran.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/170484/BERITA/Semasa/Padah-merokok-di-premis-makanan-lapan-individu-dikompaun
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: BN dilihat miliki kelebihan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker