#PRNMelaka : Rauf Man’s Party

Sebaran :

Oleh Zam

Keputusan UMNO untuk ‘Go Solo, No Nego’ amat tepat di Melaka dan bakal diterjemahkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini berdasarkan beberapa situasi yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini UMNO telah menawarkan jalinan kerjasama dengan PAS dalam menghadapi PRN Melaka tetapi tawaran itu telah “disampahkan” oleh mereka yang mana PAS mahu mengekalkan peranan mereka dalam Perikatan Nasional (PN).

Dalam PRU 14 yang lalu, PAS bertanding 24 kerusi dan tidak mampu menang satu kerusi pun di Melaka pada ketika itu, disebabkan perkara itu jugalah UMNO menawarkan kerjasama dengan PAS dalam PRN kali ini.



Sehubungan dengan itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tidak memikirkan lagi perkara tersebut dan meneruskan gerak kerja serta kesiap siagaan parti bagi menghadapi PRN tidak beberapa hari lagi secara solo.

Rauf dan barisan kepimpinan UMNO nekad untuk terus bergerak menyantuni masyarakat dengan pelbagai kaedah serta program yang telah diatur selepas penamaan calon nanti bagi menghasilkan sesuatu yang positif.

Hasil tinjaun semasa beberapa hari ini juga telah melihat mood PRN Melaka semakin memuncak dan rakyat Melaka tidak sabar untuk keluar mengundi pada 20 hari bulan nanti bagi memilih calon pilihan mereka.

Demi parti keramat UMNO, Rauf akan membuat yang terbaik demi kelangsungan parti itu di negeri Melaka dimasa akan datang dan mereka yakin akan menang dengan majoriti dua per tiga kerusi dewan undangan negeri kali ini.



Bagaimanapun , beliau menyerahkan kepada  rakyat untuk menilai kesungguhan UMNO menyantuni rakyat dan sekaligus membuat pilihan yang tepat dan tidak sepertimana PRU ke 14 yang lalu di mana rakyat telah tertipu dengan propaganda PH yang tidak pernah mempunyai niat sedikit pun untuk berkhidmat kepada rakyat.


Sebaran :

Leave a Reply