TikTok nafi tuduhan sekat kandungan pro-Palestin di Malaysia

TikTok nafi tuduhan sekat kandungan pro-Palestin di Malaysia

Platform media sosial TikTok hari ini menafikan tuduhan kerajaan Malaysia bahawa ia menyekat kandungan pro-Palestin dan menyifatkannya sebagai ‘tidak berasas’.

Malaysia semalam memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap firma media sosial TikTok dan Meta, atas dakwaan platform berkenaan mengehadkan kandungan yang menyokong perjuangan Palestin.

Meta memberi maklum balas semalam, mengatakan tuduhan itu ‘tidak benar’ dan ia tidak mengekang hak bersuara di laman Facebook miliknya.

Jurucakap TikTok, dalam e-mel kepada Reuters hari ini, turut menolak tuduhan Malaysia mendakwa ia menyekat kandungan pro-Palestin.

“Dakwaan ini tidak berasas. Garis panduan komuniti kami berpegang kepada kesaksamaan kepada semua kandungan TikTok, dan kami komited untuk sentiasa melaksanakan dasar bagi melindungi komuniti,” katanya.

Meta dan TikTok menakrifkan Hamas, kumpulan Islam yang mentadbir Gaza, sebagai ‘pertubuhan berbahaya’ dan mengharamkan kandungan yang memujinya.

Kementerian Kesihatan di wilayah ditadbir Gaza berkata, setakat semalam, 7,028 warga Palestin terbunuh akibat serangan udara Israel, termasuk 2,913 kanak-kanak.

Sejak keganasan meletus, kedua-kedua platform media sosial itu sudah mengambil langkah bagi menambahbaik aspek kesederhanaan dan mengeluarkan atau meletakkan label pada kandungan visual yang mengerikan.

Meta, pada pertengahan Oktober, berkata ia sudah mengeluarkan atau melabelkan hampir 800,000 kandungan dalam bahasa Yahudi atau Arab, sejak serangan & Oktober lalu.

Seperti Meta, TikTok juga minggu ini mengeluarkan lebih 775,000 kandungan video dan 14,000 penstriman langsung sejak serangan itu. BH

TikTok nafi tuduhan sekat kandungan pro-Palestin di Malaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker