PRN Melaka: Fakta menarik setakat ini

Gendang ‘perang’ Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula hari ini apabila secara rasminya calon-calon setiap parti membuat pencalonan pada pagi tadi.

Kini calon-calon mempunyai 12 hari untuk menambat hati 495,196 pengundi berdaftar di Melaka untuk memilih kerajaan negeri yang baharu.

Menuju ke tarikh pengundian pada Sabtu, 20 November mari kita lihat apa yang menarik mengenai PRN Melaka ke-15 setakat ini.



112 CALON BERTANDING

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang akhbar pada Rabu memaklumkan, pihaknya menerima sejumlah 112 penamaan calon layak bertanding.

Pecahan calon adalah seperti berikut: 1. Barisan Nasional (BN) – 28 calon 2. Perikatan Nasional (PN) – 28 calon 3. Pakatan Harapan (PH) – 28 calon 4. Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) – 5 calon 5.Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) – 1 calon 6. Bebas – 22 calon

Calon-calon N02 DUN Tanjung Bidara, Zainal Hassan dari PH (kiri), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN) dan Datuk Seri Ab Rauf Yusof (BN) mengangkat selepas penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Melaka di Bangunan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Tanjung Bidara pada Isnin.
Calon-calon N02 DUN Tanjung Bidara, Zainal Hassan dari PH (kiri), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN) dan Datuk Seri Ab Rauf Yusof (BN) mengangkat selepas penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Melaka di Bangunan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Tanjung Bidara pada Isnin.

TIGA DUN ENAM PENJURU



Kegagalan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi menyebabkan tiada satu pun Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan persaingan dua penjuru.

Rata-rata persaingan DUN menyaksikan tiga penjuru atau lebih dengan penampilan sebanyak 22 calon Bebas. Sama ada calon Bebas adalah calon yang benar-benar ingin bertanding demi rakyat atau sekadar menjadi ‘pemecah’ undi, kita hanya akan ketahuinya 20 November ini.

: Pertembungan tiga penjuru – 11 DUN : Pertembungan empat penjuru – 9 DUN : Pertembungan lima penjuru – 5 DUN : Pertembungan enam penjuru – 3 DUN

CALON WANITA HANYA 16 PERATUS



Nampaknya perjuangan Malaysia dalam mencapai sehingga 30 peratus wanita dalam pentadbiran dan kepimpinan politik sukar dicapai. Ini kerana jumlah peratusan calon wanita dalam PRN Melaka cuma 16 peratus sahaja.

Itu baru calon, jumlah yang menang tidak pasti lagi.

Jumlah calon lelaki: 96 orang Jumlah calon wanita: 16 orang

PALING TUA, PALING MUDA



Calon tertua berusia 68 tahun daripada BN yang bertanding di DUN Pengkalan Batu, Datuk Hajah Kalsom Nordin sementara calon termuda berusia 21 tahun mewakili PH yang bertanding di Sungai Rambai, Farzana Hayani Mohd Nasir.

Farzana Hayani yang merupakan mahasiswa bidang Penyiaran, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ialah Ketua Srikandi Keadilan Melaka.

 

Farzana Hayani menjadi calon termuda pada usia 21 tahun. - Foto FB Farzana
Farzana Hayani menjadi calon termuda pada usia 21 tahun. – Foto FB Farzana
PRN Melaka: Fakta menarik setakat ini

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker