DAP kini telah berubah – MB Perak

JOHOR BAHRU: DAP sudah berubah dan berjanji tidak lagi mengungkit Islam sebagai agama Persekutuan, hak orang Melayu dan Bumiputera selain akur dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata perkara itu sudah dibincangkan dan mendapat persetujuan DAP sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Katanya, hal itu diakui secara terbuka oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim dalam beberapa ucapan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.



“Selama ini yang menghantui hubungan UMNO dengan DAP ialah dahulunya parti itu dikatakan tidak berapa mesra dengan perjuangan orang Melayu. Dikatakan dahulu DAP menentang hak istimewa orang Melayu, DAP tidak bersetuju dengan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, namun itu dahulu.

“Sebelum pembentukan kerajaan Perpaduan memang telah ada perbincangan dan persetujuan dengan DAP telah lebih dahulu menyatakan persetujuan mereka tidak akan lagi mengungkit perkara yang berkaitan Fasal 153 Perlembagaan berkaitan hak istimewa orang Melayu, tidak akan ungkit lagi berkaitan dengan Islam sebagai agama Persekutuan dan akur dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Itu sudah cukup untuk menunjukkan DAP kini sudah pun berubah dan bersama-sama dengan haluan UMNO yang selama ini mendukung Perlembagaan Persekutuan. Maknanya, kini tak ada masalah lagi (untuk orang Melayu terima DAP).

“Cuma sudah tentu ada fitnah atau hasutan yang dibuat oleh pihak lawan untuk memecahbelahkan perpaduan di antara UMNO dan DAP yang menganggotai Pakatan Harapan (PH),” katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Soal Jawab Penerangan Isu Semasa UMNO Johor, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman dan Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Jais Sarday.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed, dilaporkan menyarankan supaya DAP menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan Malaysian Malaysia dalam perlembagaan parti berkenaan.

Beliau dilaporkan berkata, semua pihak dalam gabungan Kerajaan Perpaduan terutama DAP, mesti berubah menjadi parti yang lebih sederhana, jika mahu diterima orang Melayu negara ini.



Katanya, tiada cara lain untuk meyakinkan orang Melayu DAP hari ini sudah berbeza dari sebelumnya, selain daripada parti itu meminda perlembagaan parti berkenaan sekali gus menggugurkan dua elemen berkenaan.

Dalam pada itu, Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, beliau yakin calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat akan memenangi kerusi itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), 9 September nanti.

“Saya cukup yakin melihatkan kepada angka sokongan selain kerja kuat jentera PH dan Barisan Nasional (BN).

“Insya-Allah, PH-BN akan dapat memenangi semula hati pengundi untuk kembali memberi undi kepada calon PH.



“Kemenangan calon daripada PH penting kerana bermakna kemenangan ini kemenangan gabungan PH dan BN di Johor,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker