Tok Mat beri penjelasan, KJ pertahan pendedahan

Tok Mat beri penjelasan, KJ pertahan pendedahan

Semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), namun tidak menyatakan sama ada di Rembau atau lokasi lain.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Pengarah Pilihan Raya BN menegaskan kedudukan calon dan kerusi bagi gabungan itu mahupun UMNO belum dimuktamadkan dan kenyataannya berkaitan Rembau sebelum ini hanya mengenai soal kesiapsiagaan jentera parti.

Ketua UMNO Bahagian Rembau itu membalas kenyataan timbalan ketua bahagiannya merangkap penyandang kerusi Parlimen berkenaan sejak 2008, Khairy Jamaluddin bahawa beliau diarah mengosongkan kerusi itu oleh Mohamad yang mahu bertanding menggantikannya.

Kepada kenyataan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu semalam, Khairy mempertahankan pendedahannya adalah benar dan beliau tidak perlu membuktikannya.

“Saya sudah nyatakan apa yang perlu saya katakan sebagai jawapan kepada kenyataannya (Mohamad). Ia adalah benar dan saya tidak perlu membuktikannya. Saya tidak akan sentuh perkara itu di khalayak ramai lagi.

“Biar saya selesaikan perkara ini secara tertutup,” katanya selepas Majlis Pelancaran Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Demensia (Edisi Ketiga) dan Pengurusan Schizophrenia (Edisi Kedua) di Sheraton Imperial, di sini hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, Mohamad turut memaklumkan, soal pembahagian kerusi akan dibincangkan bersama parti komponen BN dalam masa terdekat, iaitu selepas selesai sesi libat urus dan perjumpaan dengan jentera pilihan raya BN Sabah.

Terdahulu pada 3 September lalu, media melaporkan Mohamad mengumumkan hasrat untuk bertanding kerusi Parlimen pada PRU-15 dan pada masa sama, akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.

“Memandangkan sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya perlu bertanding pada peringkat Parlimen bagi memainkan peranan berkesan di peringkat kebangsaan dan peringkat tertinggi parti,” katanya, namun tidak mendedahkan kerusi Parlimen bakal ditandinginya.

Sehari kemudian, Khairy mengesahkan tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen disandangnya selepas beliau diarah mengosongkan kerusi itu oleh Mohamad yang mahu bertanding di Rembau.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu mengakui terpaksa akur dengan arahan berkenaan walaupun tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen lain, memandangkan sudah lebih 20 tahun berpolitik di Rembau. BH

Tok Mat beri penjelasan, KJ pertahan pendedahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker