Shahidan pilih PN, Che Abdullah bersama BN

 

MENDEKATI hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, kehangatan bahang politik di dalam negara semakin dirasai.

Parti politik dilihat memperhebatkan gerak kerja mereka khususnya dalam mengatur strategi untuk menampilkan calon terbaik untuk dipertaruhkan dalam pilihan raya kali ini.



Terbaharu pada Khamis, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memaklumkan penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus yang juga bekas pimpinan Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali akan bertanding di kawasan berkenaan sebagai calon gabungan itu.

Zambry turut memaklumkan bahawa seorang lagi pemimpin daripada Pas iaitu Datuk Che Abdullah Mat Nawi akan mempertahankan kerusi Parlimen Tumpat yang disandangnya dengan menggunakan logo BN pada pilihan raya kali ini.

Dalam Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) pada malam Rabu, Che Abdullah telah digugurkan sebagai calon gabungan itu di Parlimen Tumpat dan digantikan dengan muka baharu iaitu Muhamad Shahir Che Sulaiman sebagai calon.

Dalam pada itu, dua pemimpin dari UMNO dan BN iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim serta Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib yang digugurkan sebagai calon gabungan itu pada PRU15 kali ini diumumkan bakal bertanding sebagai calon di bawah PN.



Kedua-dua pemimpin itu akan mempertahankan kerusi yang disandang mereka pada PRU lalu dengan Shahidan di Parlimen Arau manakala Ismail di Parlimen Maran.

Pemilihan itu diumumkan sendiri oleh Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam Majlis Pengisytiharan Calon Pas Terengganu PRU15 di Dewan Tok Guru, Rusila, Terengganu pada malam Khamis.

Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin BN yang digugurkan sebagai calon, Tan Sri Annuar Musa pada Khamis memaklumkan bahawa beliau merestui pencalonan individu yang menggantikannya di kerusi tersebut iaitu Marzuani Ardila Ariffin.

Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh turut meminta kepada semua jentera parti supaya tidak menutup bilik gerakan atau patah semangat.



Sementara itu, penyandang Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin menyatakan beliau akan tetap bertanding di kerusi tersebut meskipun tidak dipilih sebagai calon BN pada PRU15.

Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia bagaimanapun berkata, beliau belum menetapkan untuk bertanding di bawah mana-mana parti atau gabungan.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker