Korea Selatan perketat peraturan kekang virus di wilayah Seoul

SEOUL: Korea Selatan meningkatkan tahap amaran COVID-19 kepada tahap kedua tertinggi di sini dan kawasan sekitarnya hari ini, berikutan pihak berkuasa berdepan kesukaran untuk mengekang jangkitan baharu pandemik berkenaan.

Negara itu telah berjaya mengawal secara meluas penyebaran virus berkenaan melalui pendekatan ‘pengesanan, ujian dan rawatan’, bagaimanapun dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, jangkitan baharu telah melonjak sekitar 100 kepada lebih daripada 500 kes sehari.

Korea Selatan mengesahkan 631 kes baharu hari ini, angka tertinggi dalam tempoh sembilan bulan ini, dengan majoritinya membabitkan wilayah Seoul, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Mengikut piawaian global, angka yang dicatatkan setakat ini, masih di tahap rendah, bagaimanapun pihak berkuasa meningkatkan amaran termasuk memperketatkan pendekatan penjarakan fizikal.

“Kami berdepan krisis terbesar untuk berjuang menghadapi COVID-19,” kata Perdana Menteri, Chung Sye-kyun, hari ini.

Guna patung s3ks, denda RM356,000

Peraturan lain yang turut diperketatkan adalah larangan berhimpun lebih daripada 50 orang, selain sukan profesional perlu dijalankan secara tertutup tanpa penonton.

Selain itu, kafe hanya dibenarkan membungkus makanan, selain restoran perlu ditutup jam 9 malam dengan perkhidmatan penghantaran dibenarkan pada jam berikutnya.

Menurut Chung, langkah memperketatkan peraturan bagi mengekang penualaran jangkitan COVID-19 itu akan dilaksanakan sehingga penghujung tahun ini.

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Korea Selatan sehingga hari ini telah melebihi 37,000.

Korea Selatan juga antara negara terawal yang dilanda pandemik COVID-19 di luar China, tetapi tidak pernah menguatkuasakan perintah berkurung sebagaimana dilaksanakan di Eropah dan kebanyakan negara lain.

Negara itu sebelum ini menjadi model global bagaimana ia berjaya mengekang virus dengan majoriti penduduknya mencatatkan pematuhan yang tinggi terhadap pelbagai peraturan yang dikeluarkan termasuk memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal. – AFP

TERKINI: Korea Selatan kembali bergelut kekang jangkitan Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker