Guna patung s3ks, denda RM356,000

PATUNG seks yang diletakkan di tempat duduk stadium ketika aksi FC Seoul menentang Gwangju FC.
PATUNG s3ks yang diletakkan di tempat duduk stadium ketika aksi FC Seoul menentang Gwangju FC.

SEOUL: FC Seoul didenda lebih £67,000 pound (RM356,000) kerana memenuhkan tempat duduk stadium mereka dengan patung seks ketika perlawanan K-League menentang Gwangju FC.

Kelab itu meletakkan lebih 20 patung dengan ada antaranya memakai penutup muka dan hidung serta jersi FC Seoul manakala yang lain memakai baju sambil memegang logo penjual alat mainan seks.

Hampir kebanyakan patung adalah wanita tetapi ada juga lelaki.

Semua patung diletakkan di tempat duduk bagi menggantikan penyokong yang ketika ini tidak dibenarkan menyaksikan perlawanan kerana pandemik COVID-19.



Peraturan K-League tidak membenarkan pengiklanan berkaitan seks dan kerana itu kelab terbabit dikenakan hukuman denda.

FC Seoul mengakui kesilapan yang dilakukan dan mengemukakan permohonan maaf selain menerima hukuman dikenakan ke atas mereka.

“Kami memohon maaf kerana menyebabkan kebimbangan penyokong.

“Kami ingin mengesahkan bahawa sejak daripada awal lagi bukan berniat untuk mempromosikan patung seks.



“Niat kami adalah untuk memberi sedikit hiburan selepas perlawanan perlu dilangsungkan secara tertutup kerana pandemik Covid-19,” kata kata kelab itu dalam satu kenyataan. – Agensi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker