Keluarga Adib sebak dikunjungi Bomba Kedah

Timbalan Pengarah JBPM Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syu'faat Kamaron (kanan) menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Mohd Kassim Abdul Hamid (tengah) dan isterinya, Asma Aziz iaitu ibu bapa arwah Muhammad Adib di rumah mereka di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI
Timbalan Pengarah JBPM Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syu’faat Kamaron (kanan) menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Mohd Kassim Abdul Hamid (tengah) dan isterinya, Asma Aziz iaitu ibu bapa arwah Muhammad Adib di rumah mereka di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

ALOR SETAR: “Saya sebak, tak boleh nak cakap sebab setiap kali raya memang teringat arwah kerana dia suka sangat serunding ikan serta ketupat yang dibuat,” kata Asma Aziz, 52.

Asma adalah ibu kepada allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim iaitu anggota bomba yang meninggal dunia dalam kejadian rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya, Selangor, dua tahun lalu.

Menurut Asma, tahun ini dia menyambut Aidilfitri ala kadar bersama suami, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, dan dua anak perempuan di rumah mereka di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

Katanya, untuk anak sulungnya, Mohd Asyraf Mohd Kassim, 29, yang menetap di Kuala Lumpur, dia sudah menghantar ketupat sejuk beku sejak seminggu lalu.



“Kami empat beranak cuma sambut biasa sahaja, raya pun tak meriah sangat tahun ini.

“Cuma sebak bila teringat arwah, dia selalu balik kalau ada cuti setiap kali raya,” katanya dalam nada sedih ketika ditemui semalam.

Semalam, pasangan suami isteri itu dikunjungi Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Syufa’at Kamaron pada program ziarah sempena Aidilfitri.

Syufa’at berkata, JBPM Kedah tidak pernah melupakan keluarga arwah Adib kerana mereka bagaikan satu keluarga disebabkan jasa arwah yang terlalu banyak dalam jabatan itu.



Beliau berkata, dengan lawatan dan sumbangan yang diberikan diharap dapat mengeratkan lagi hubungan mereka.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker