Pusat Tahfiz ditawarkan program TVET oleh MARA

Pusat Tahfiz ditawarkan program TVET oleh MARA

Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memperluaskan tawaran pelbagai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada pusat-pusat tahfiz di seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketika ini seramai 558 pelajar tahfiz sedang mengikuti 67 program TVET di pelbagai institusi Mara.



“Yang tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun insya-Allah Mara tidak akan biarkan mereka tercicir. GiatMara boleh bantu untuk tawarkan tempat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memaklumkan, kerajaan akan memperkenalkan tiga kursus baharu di bawah program TVET.

Beliau dipetik sebagai berkata, ia termasuk program TVET Tahfiz yang bertujuan untuk meluaskan peluang kerjaya kepada pelajar di sekolah tahfiz.

Ahmad Zahid turut memaklumkan, Dasar TVET Negara yang pertama akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan Jun tahun ini. K Online



Pusat Tahfiz ditawarkan program TVET oleh MARA

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat



‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys



Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker