Kontroversi Ruhainies, Risteena tak peduli

Kontroversi Ruhainies, Risteena tak peduli

“Keadaan Ruhainies okay dan sangat tenang sekarang. Kami juga menjalani kehidupan macam biasa sahaja,” kata pelakon Nur Risteena.

Risteena mengulas keadaan dan perkembangan kes adiknya yang juga pelakon Ruhainies yang didakwa ditangkap khalwat bersama pelakon Aliff Aziz di sebuah kondominium di ibu kota, baru-baru ini.



Menurut Risteena, dia juga tidak terkesan dengan apa yang diperkatakan orang ramai mengenai Ruhainies susulan dakwaan berkenaan.

“Saya tidak pernah peduli dengan apa yang diperkatakan orang ramai kerana lebih mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

“Cuma lebih baik, saya serahkan kepada Ruhainies dan Aliff untuk menceritakannya sebab mereka lebih layak untuk memberi penjelasan dalam kes ini,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas media sosial miliknya yang diserang netizen pula, kata Ruhainies, dia juga tidak berasa terganggu dengan perkara berkenaan.



“Secara jujurnya, saya sedikit pun tidak berasa terganggu apabila diserang netizen atau timbulnya spekulasi yang berlaku sekarang.

“Sebab saya faham kehidupan sebagai ‘public figure’ akan sentiasa berhadapan dengan situasi sedemikian,” katanya.

Bagaimanapun, kata Risteena lagi, dia meminta netizen supaya lebih berhati-hati dalam berkata-kata supaya tidak menyebarkan fitnah kepada adiknya itu.

“Selepas kes ini selesai, sekiranya terdapat fitnah dari netizen berkaitan kes ini, pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang.



“Ruhainies sudah ‘screenshot’ semua fitnah yang dilemparkan padanya ketika ini,” katanya.

Terdahulu, akaun media sosial Risteena ‘diserang’ netizen selepas timbul berita yang mendakwa Ruhainies ditangkap khalwat dengan rakan pelakon, Aliff Aziz.

Dalam beberapa hantaran, pelbagai komen lepas geram netizen ditujukan kepada Risteena dan keluarganya. BH

Kontroversi Ruhainies, Risteena tak peduli



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis



Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?

Bukan tangkap basah – Ruhainies



Netizen serang IG Risteena

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker