Ugut bunuh Ketua Pemuda UMNO, warga emas ditahan

Ugut bunuh Ketua Pemuda UMNO, warga emas ditahan

MELAKA: Seorang warga emas ditahan selepas dipercayai mengeluarkan kata ugutan bunuh ke atas Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Lelaki berusia 68 tahun yang juga pemilik sebuah bengkel membaiki kereta di Bukit Duyong di sini, ditahan selepas menghina dan mengugut untuk menembak mati Dr Muhamad Akmal susulan kelantangan dalam isu kalimah Allah di stoking yang dijual di rangkaian pasar mini KK Mart.



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki pesara kerajaan berusia 62 tahun jam 10.21 pagi tadi.

“Pada 20 Mac lalu kira-kira jam 3 petang ketika pengadu berada di sebuah bengkel kereta Bukit Duyong, seorang lelaki yang juga pemilik bengkel itu dikatakan tidak berpuas hati dengan Dr Muhamad Akmal dalam isu KK Mart.

“Suspek didakwa memberitahu ‘Ketua Pemuda UMNO banyak (cakap) lebih-lebih dalam isu KK Mart, satu hari dia pasti kena tembak kasi mati’.

“Pengadu hanya berdiam diri dan tidak melayan lelaki terbabit. Tidak berpuas hati dengan ugutan itu, pengadu membuat laporan di Balai Polis Kandang pagi tadi selain bimbang keselamatan Dr Muhamad Akmal,” katanya dalam kenyataan, malam ini.



Susulan itu, Christopher berkata, polis menahan suspek di kawasan Kandang di sini, kira-kira jam 4 petang pada hari sama laporan diterima.

“Pegawai Penyiasat sedang mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Suspek dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan. BH



Ugut bunuh Ketua Pemuda UMNO, warga emas ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker