Wang dalam akaun bank isteri Zahid lesap

Wang dalam akaun bank isteri Zahid lesap

Penyanyi Zahid Baharudin, 44, mengingatkan orang ramai agar berhati-hati menggunakan pautan aplikasi tertentu dan tidak sesekali menghubungkannya dengan akaun bank bagi mengelak menjadi mangsa ‘hacker’ (penggodam).

Zahid atau Ahmad Zahid Baharudin dihubungi berkata, isterinya, Nurul Shuhada Osman, 29, kehilangan wang sebanyak RM4,250 di dalam bank akaunnya menerusi satu pautan aplikasi popular yang digunakan ramai orang.



“Habis licin duit isteri saya sebanyak RM4,250 dalam akaun bank miliknya yang juga gaji pertama diperoleh di tempat kerja baharu, di sebuah kedai karpet.

“Dengan duit itu juga, kami nak beli baju raya sebab tak beli lagi, tapi satu sen dah tak ada. Dia (hecker) ambil semua kali ini, tak bagi peluang langsung,” katanya memaklumkan kejadian itu berlaku pada malam Jumaat lalu.

Zahid berkata, dia dan isteri juga terpaksa melupakan hasrat balik beraya ke Pulau Pinang pada hari raya ketiga walaupun sudah membeli tiket penerbangan dan tiket bas untuk balik ke Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, isterinya memilih menghubungkan akaun bank dengan ‘pautan aplikasi’ itu bagi memudahkan urusan dalam talian, namun tak sangka pula kawalan keselamatan pengguna untuk pautan aplikasi itu sangat lemah.



“Isteri saya juga baru perasan, wangnya dalam akaun bank ada hilang sedikit-sedikit sejak beberapa bulan lalu. Tapi, itulah benda sudah berlaku dan laporan polis juga sudah kami buat.

“Setakat ini, pihak pengendali pautan aplikasi terbabit sudah menghubungi saya dan mereka mahu bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini. Diharapkan semoga dapatlah semula duit isteri saya yang hilang walaupun hanya separuh saja,” katanya.

Menurut Zahid, menerusi pendedahan dibuatnya di media sosial menunjukkan ramai netizen yang meninggalkan komen pernah menjadi mangsa kehilangan duit melalui pautan aplikasi popular terbabit.

Terdahulu, menerusi hantaran video di akaun TikTok dan Instagram miliknya, Zahid meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan kejadian menimpa isteri, Nurul Shuhada yang kehilangan semua wangnya dalam akaun bank.



Bekas juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu berkata, dia sudah tiada ‘mood’ memikirkan persiapan sambutan hari raya Aidilfitri tidak lama lagi selepas apa yang berlaku itu.

Zahid bertemu jodoh kali kedua dengan Nurul Shuhada pada Disember 2021 dan hingga kini mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Menerusi perkahwinan lalu, Zahid mempunyai seorang anak lelaki. BH

Wang dalam akaun bank isteri Zahid lesap



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk



Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024



‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker