JAKIM beri peringatan tegas kepada Vern’s

JAKIM beri peringatan tegas kepada Vern’s

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi peringatan tegas kepada syarikat Vern’s Holding Sdn Bhd (Vern’s) yang mengeluarkan kasut tertera logo didakwa mirip kalimah Allah, supaya cakna dan memberi perhatian serius terhadap isu sensitif membabitkan agama serta kaum.

Ketua Pengarah JAKIM, Datin Hakimah Mohd Yusoff, berkata peringatan sama turut diberikan kepada semua pengusaha, pengilang, pembekal dan pengimport.



“Hari ini, JAKIM mengadakan pertemuan dengan Pengasas dan Pengarah Urusan Vern’s, Datuk Seri Ng Chuan Hoo, bagi tujuan siasatan serta meminta penjelasan mengenainya dan langkah pihak syarikat itu untuk mengelak isu seumpama daripada berulang.

“Pihak Vern’s sudah menjelaskan kedudukan sebenar isu terbabit dan memohon maaf. Pihak syarikat itu sudah mengambil tindakan drastik dengan menarik balik serta-merta produk terbabit dari lebih 70 cawangan Vern’s di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Hakimah berkata, JAKIM menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan siasatan lanjut dan sekiranya wujud elemen disengajakan dalam isu logo kasut terbabit, maka tindakan sewajarnya perlu diambil berlandaskan undang-undang di negara ini.

Beliau menegaskan, JAKIM tidak mahu kes itu berulang lagi pada masa akan datang sama ada oleh Vern’s atau pihak lain yang menghasilkan produk jualan.



“Pada masa sama, semua pihak dinasihatkan tidak membangkitkan isu yang menyentuh aspek 3R (agama, raja dan kaum) yang boleh menimbulkan ketegangan serta menjejaskan keharmonian.

“JAKIM juga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan memandangkan kes ini sudahpun dibuka kertas siasatan oleh PDRM,” katanya.

Terdahulu, Chuan Hoo hadir di Ibu Pejabat JAKIM kira-kira jam 11 pagi tadi untuk memberi penjelasan berhubung logo produk kasutnya yang didakwa mirip kalimah Allah.

Proses memberi penjelasan itu berlangsung selama kira-kira sejam sebelum lelaki berusia 51 tahun itu dilihat meninggalkan pekarangan bangunan JAKIM pada jam 12 tengah hari. BH



JAKIM beri peringatan tegas kepada Vern’s

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya



Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang

Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh



Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker