Dua maut rentung dalam kemalangan

Dua maut rentung dalam kemalangan

NILAI: Dua maut selepas kereta dinaiki rentung dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Bukit Mantin, hala ke Seremban, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu, mangsa dikatakan terperangkap dalam kereta BMW yang terbakar 100 peratus.



Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin, PBK I Muhammad Efeendy Rahmad berkata, pihaknya mendapat panggilan mengenai kejadian itu jam 10.25 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

“Jentera tiba 10 minit kemudian dan mendapati sebuah kereta sedang terbakar. Kami melakukan operasi pemadaman dan api dapat dikawal lima minit kemudian.

“Kereta BMW ini terbakar 100 peratus dan didapati terdapat dua mangsa rentung yang tidak dapat dikenalpasti identitinya berada dalam kenderaan itu dipercayai terperangkap,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pihak bomba turut mengeluarkan mangsa lalu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.



“Kami difahamkan, kereta itu bertembung dengan sebuah lori yang dinaiki tiga individu sebelum terbakar.

“Tiga mangsa yang menaiki lori mengalami kecederaan ringan di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban menggunakan jentera EMRS,” katanya. BH

Dua maut rentung dalam kemalangan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang



Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker