Rita Rudaini beruntung, peminat sanggup lantik peguam untuknya

Rita Rudaini beruntung, peminat sanggup lantik peguam untuknya

Meskipun didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap bekas suami, Aidil Zafuan, pelakon Rita Rudaini meraih sokongan padu daripada netizen sejak semalam.

Lebih mengejutkan, rata-rata netizen menzahirkan sokongan dan turut menawarkan bantuan untuk mengumpul dana membayar duit guaman sekiranya diperlukan.



“Saya ‘team’ Rita! Kalau tidak cukup dana untuk lantik peguam, tolong buka tabung. Saya dan wanita seluruh Malaysia sedia untuk menyumbang.

“Jom sama-sama kita mula kumpul duit untuk Rita. Dapatkan peguam terbaik untuknya,” komen netizen.

Semalam, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Seremban, Negeri Sembilan terhadap Rita
berhubung dakwaan berunsur fitnah dilemparkan bekas kakak iparnya itu.


Baca Artikel Menarik:

Ruhainies sudah kahwin?


Tindakan tersebut susulan serangan balas Rita yang mengumpamakan Zaquan sebagai batu api paling besar selain mengungkit peristiwa lalu, termasuk didakwa mereka-reka cerita bayi dikandung aktres itu bukan zuriat abangnya.

Ibu tunggal anak dua terbabit juga memberi amaran agar keluarga Aidil tidak lagi mengeluarkan kenyataan tentang isu membabitkan dirinya dengan lelaki itu.



Menurut pelakon Mami Jarum Junior itu lagi, impak perbuatan keluarga bekas suami menjadikan dirinya wanita kuat.

Sebelum ini, perkahwinan Rita dengan Aidil Zafuan pada 2008 hanya bertahan selama lima tahun dan dikurniakan dua anak lelaki lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin serta Airit Qaqa Arjuna.

Konflik antara mereka berlarutan berikutan beberapa isu, terutama membabitkan nafkah anak selain tanggungjawab sebagai bapa. K Online


Baca Artikel Menarik:

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”



Rita Rudaini beruntung, peminat sanggup lantik peguam untuknya


Baca Artikel Menarik:

 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya



Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang

Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh



Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker