Diperas ugut polis, lelaki ini pura-pura jatuh sakit

Diperas ugut polis, lelaki ini pura-pura jatuh sakit

Seorang lelaki berpura-pura sakit bagi mengelak daripada diperas ugut oleh dua anggota polis di Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru (JB).

Peristiwa ini didedahkan kepada umum semasa sidang media yang diadakan di ibu pejabat MCA Johor pada Jumaat lepas, lapor The Star.



Bercakap kepada pemberita pada sidang media itu, lelaki berusia 29 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Lim, berkata dia dalam perjalanan pulang dari Singapura selepas bekerja pada 2 April.

Selepas melalui pelepasan keselamatan, Lim berkata dia didatangi dua lelaki berpakaian biasa dan mengaku sebagai pegawai polis.

Mereka mengambil telefon, pasport dan mengarahkan saya untuk mengikut mereka ke sebuah premis di dalam BSI, yang mempunyai lambang polis dan logo polis pelancongan yang hanya diakses jika mempunyai kad khas.

Lim mendakwa dia ditahan di dalam bilik selama 30 minit dan diberitahu oleh salah seorang pegawai bahawa dia menghadapi “masalah serius” dan akan dimasukkan ke dalam lokap sebelum menghantarnya ke mahkamah keesokan harinya.



Apabila Lim memberitahu mereka bahawa dia akan kehilangan kerja jika gagal hadir ke tempat kerja dan bertanya apakah kesalahan yang telah dilakukannya, pegawai polis itu didakwa tidak mengendahkannya.

“Salah seorang pegawai memberitahu saya akan dibebaskan jika saya membayar mereka RM2,000. Bagaimanapun, saya tidak mempunyai wang dengan jumlah itu sama ada di akaun bank Malaysia atau Singapura saya. Malah saya tunjukkan kepada mereka yang saya hanya ada RM1,000 sahaja,” katanya.

Lim menambah, pegawai polis kemudian membawanya ke ATM di stesen minyak berhampiran melalui motosikal untuk mengeluarkan wang.

Bagaimanapun, dia tidak dapat berbuat demikian dan dibawa ke mesin ATM lain, di mana dia menghadapi masalah yang sama.



Lim kemudian dibawa ke sebuah bank di Taman Pelangi di mana dia akhirnya berjaya mengeluarkan wang untuk “pembebasannya”.

Semasa dalam perjalanan pulang ke BSI, Lim berkata beliau menyuruh pegawai berhenti di stesen bas dan berlakon terkena serangan asma.

Mujur semasa beliau memalsukan sakitnya, ada sepasang suami isteri lalu dan segera menawarkan bantuan kepada Lim.

Salah seorang pegawai mengarahkan pasangan itu untuk membantu Lim kerana dia perlu kembali ke balai.



“Dia secara tidak sengaja menjatuhkan telefon bimbit dan pasport saya sebelum beredar. Saya tidak memberikan wang kepada anggota polis tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.”

Sementara itu, ketua pemuda MCA Johor Heng Zhi Li, yang turut hadir pada sidang media itu, menggesa pihak berkuasa meneliti dakwaan Lim.

The Star kemudian melaporkan bahawa dua anggota polis berusia 32 dan 33 tahun itu telah ditahan dan akan direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Johor Baru Selatan Raub Selamat berkata ini adalah lanjutan tempoh reman mereka, di mana ia sepatutnya berakhir hari ini selepas mereka ditahan pada 5 April. Vc



Diperas ugut polis, lelaki ini pura-pura jatuh sakit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya



Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang

Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker