Suami isteri mengaku tak salah miliki senjata berkait kes warga Israel

Suami isteri mengaku tak salah miliki senjata berkait kes warga Israel

Sepasang suami isteri yang dipercayai membeli senjata api di Thailand untuk dijual kepada warga Israel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas tuduhan memiliki senjata api secara haram.

Bagaimanapun, Abdul Azim Mohd Yasin, 43, dan Sharifah Faraha Syed Husin, 41, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar, menurut Harian Metro.



Berdasarkan kertas pertuduhan, Sharifah Faraha yang juga penganggur didakwa didapati dalam milikannya senjata api dengan menyalahi undang-undang iaitu pistol jenama CZ 75 P-01 CAL.9 Luger, No. Siri : A216210.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di alamat No. 183 Jalan Haji Omar Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor, Selangor pada 8 malam, 29 Mac lalu.

Sharifah Faraha didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama, iaitu penjara maksimum 14 tahun.



Manakala Abdul Azim pula didakwa didapati ada bersama dengan Syarifah Faraha yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa dia mengetahui bahawa isterinya memiliki senjata api menyalahi undang-undang di alamat, tarikh dan masa yang sama.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 9 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang daripada enam kali.

Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dan Fazeedah Faik tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan di bawah Akta Senjata Api penalti lebih berat adalah kesalahan tidak boleh dijamin.

Pasangan suami isteri itu tidak diwakili peguam.



Mahkamah kemudian menetapkan 11 Jun untuk sebutan kes.

Media sebelum ini melaporkan satu pasangan suami isteri yang ditahan dalam Ops Shalom berkait seorang warga Israel, dikesan memiliki enam pucuk pistol bersama 200 butir peluru. FMT

Suami isteri mengaku tak salah miliki senjata berkait kes warga Israel

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang



Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker