Safee Sali mahu Harimau Malaya bertegas, “Kalau padang tak elok jangan main!”

KUALA LUMPUR: “Kalau padang tak elok jangan main!”.

Itu pesanan bekas penyerang skuad bola sepak kebangsaan, Safee Sali buat Harimau Malaya selepas masalah padang teruk sudah banyak kali melanda pasukan negara.

Safee menerusi ulasan di saluran YouTube miliknya, Sports Tarik menyifatkan faktor padang teruk turut menjadi antara penyumbang kekalahan 0-2 Harimau Malaya kepada Oman, 26 Mac lalu.



Dia bagaimanapun tidak menafikan bahawa faktor lain termasuk aksi lemau pemain susulan masalah kekurangan kecergasan perlawanan turut menjadi punca dalam aksi Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

“Mungkin ada pihak yang tak akan bersetuju dengan apa yang cakap, ia adalah mengenai padang. Padang memang kita sudah maklum, sangat teruk.

“Mana boleh main padang macam itu. Kita tengok padang terangkat (rumput terkopak) dan ramai pemain pergi betulkan padang itu. Itu bukan padang bagi saya, bukan padang bola yang sesuai untuk bermain buat pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.

“Bukan kita nak menjatuhkan, tetapi itu kenyataan yang kita tengok dengan mata kita sendiri. Sudah berapa lama benda ini tidak selesai. Mesti dibetulkan sekarang juga, kalau padang tak elok jangan main.



“Kalau orang tak faham, (akan cakap) Oman pun main padang sama tapi mereka boleh mencapai kemenangan. Kita bermain sebagai tuan rumah, kita tak dapat kelebihan yang sepatutnya.

“Kita patut dapat kelebihan padang yang cantik yang kita sudah biasa main, sepatutnya Oman yang bergelut,” katanya.

Semalam, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memaklumkan bahawa pihaknya sudah melakukan bedah siasat bagi membincangkan keadaan padang Stadium Nasional ketika perlawanan Malaysia dan Oman.

Susulan daripada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengeluarkan moratorium jangka pendek menghalang sebarang pemasangan struktur pentas membabitkan persediaan konsert di atas padang Stadium Nasional.



Moratorium itu akan dilaksana sehingga kondisi rumput mencapai tahap yang baik, sekali gus bakal memberi peluang cerah untuk padang Stadium Nasional bersedia bagi aksi Malaysia dan Taiwan nanti.

Sebelum ini, PSM sekali lagi menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak susulan keadaan padang Stadium NAsional yang tidak berada pada tahap terbaik bagi aksi Malaysia menentang Oman selepas konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran, Februari lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang



Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker