Kasut tumit tinggi pula ada kalimah Allah

Sepasang kasut bertumit tinggi tertera kalimah seakan-akan ejaan Allah dalam tulisan Arab yang dijual di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru.

Pemilik premis perniagaan yang menjual kasut bertulisan seolah-olah kalimah Allah dibahagian tapaknya telah menyimpan semua stok kasut berkenaan setelah ditegur pembeli.

Pembeli kasut berkenaan, Hamizun Zainudin, 50, berkata, kasut tumit tinggi itu dibeli pada harga RM99.99 sepasang di sebuah kedai di pusat beli belah di bandar raya ini.

Menurutnya, dia hanya menyedari kalimah berkenaan setelah pulang ke kediamannya di Kukup, Pontian semalam.

“Kasut itu dibeli di sebuah kedai di tingkat dua. Saya beli tiga pasang kasut, tetapi saya terkejut apabila mendapat tahu sepasang daripadanya tertera kalimah seakan-akan ejaan Allah dalam tulisan Arab.



“Saya pergi kembali ke kedai tersebut untuk memulangkan kasut itu dan memberikan pekerja kedai berkenaan. Mujurlah mereka pulangkan wang saya kembali.

“Saya kemudian bertanya kepada seorang pekerja Muslim mengapa menjual kasut yang tertera kalimah sedemikian, dia menjawab mereka tidak perasan. Saya beritahu telah buat laporan polis kemudian mereka menyimpan semua kasut tersebut.

“Difahamkan, pemilik premis mereka turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu malam tadi,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Tambah Hamizun, pekerja kedai turut memberitahu mereka telah melakukan pemeriksaan dan mendapati hanya jenama kasut bertumit tinggi itu yang mempunya kalimah sedemikian.



“Apa yang mengecewakan saya adalah premis kedai itu tetap menjual kasut itu walaupun ada tertera kalimah sedemikian kerana dimaklumkan ada beberapa pembeli lain turut memulangkan kasut berkenaan sebelum ini.

“Bila saya buat pemeriksaan, saya dapati kejadian ini pernah didedahkan sejak 29 Mac lalu lagi. Jadi saya harap tindakan tegas diambil pihak berwajib kerana perbuatan meletakkan kalimah Allah di tapak kaki tidak boleh dimaafkan.

“Orang Islam tidak pernah meletakkan simbol agama lain ditempat seperti itu,” jelasnya lanjut.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya



Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang

Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh



Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker